CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2096|Reply: 0

[Kelantan] Pekebun bimbang ancaman gajah liar

[Copy link]
Post time 13-12-2023 11:59 AM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Akid menunjukkan pokok kelapa sawit yang dirosakkan gajah liar di Kampung Gertak Kangkong. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Kuala Krai: Kira-kira 30 pekebun dari tiga kampung iaitu Kampung Gertak Kangkong, Kampung Bukit Chengal dan Kampung Sungai Pas di sini, bimbang apabila gajah liar menceroboh dan memakan hasil tanaman mereka, sejak seminggu lalu.

Kehadiran haiwan itu menyebabkan beberapa pekebun mengalami kerugian berikutan tanaman mereka seperti kelapa sawit dan pisang, musnah akibat dipijak serta dirosakkan mamalia berkenaan.

Penduduk Kampung Gertak Kangkong, Mazlan Setapa, 56, berkata, dia mengalami kerugian RM10,000 selepas 60 pokok sawit yang ditanam di kebun miliknya, dirosakkan gajah liar berkenaan, Sabtu lalu.

"Tiga tahun lalu, saya memasang pagar elektrik sebagai usaha untuk menangani ancaman gajah liar daripada merosakkan tanaman, namun dalam kejadian beberapa hari lalu, pagar berkenaan dirosakkan oleh mamalia ini.



"Saya berharap pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) melakukan operasi dengan segera supaya kerugian yang ditanggung tidak akan bertambah lagi," katanya ketika ditemui di Kampung Gertak Kangkong di sini.

Samuin Awang, 56, berkata, sejak lebih 50 tahun menetap di Kampung Gertak Kangkong, ini adalah kali pertama kemunculan haiwan berkenaan di kampung itu sekali gus merosakkan tanaman miliknya serta pekebun lain.

"Kehadiran haiwan ini sejak minggu lalu meresahkan penduduk kampung dan pada masa sama, saya juga takut untuk ke kebun kerana bimbang dengan keselamatan diri sekiranya bertemu dengan gajah liar ini, apatah lagi kesan tapak kakinya juga masih jelas kelihatan di dalam kawasan kebun saya.

"Kebiasaannya, mamalia ini akan keluar dari hutan pada waktu malam dan baru-baru ini, ada penduduk yang memberitahu terserempak dengan gajah liar ini.

"Dalam kejadian pada minggu lalu, kira-kira 60 pokok sawit milik saya musnah dimakan serta dipijak gajah liar dan berharap masalah berkenaan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, Mohd Rofi Hussin, 55, berkata, kehadiran gajah liar itu bukan sahaja merosakkan tanaman, malah penduduk juga berada dalam kebimbangan kerana takut mamalia berkenaan menghampiri kawasan penempatan mereka.

"Gajah liar berkenaan keluar dari hutan berhampiran menyebabkan kami rasa terancam dengan kehadiran haiwan ini.

"Walaupun jumlahnya tidak banyak, iaitu cuma seekor dua, namun ia tetap menakutkan penduduk," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ancaman-gajah-liar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.048802 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list