CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1854|Reply: 0

Tuchel tumpang simpati nasib Ten Hag

[Copy link]
Post time 13-12-2023 12:24 PM | Show all posts |Read mode

Ketua jurulatih Bayern Munich, Thomas Tuchel berpelukan dengan pengurus Manchester United, Erik ten Hag sebelum aksi Liga Juara-Juara di Old Trafford, Manchester awal pagi tadi. – Foto AFP

MANCHESTER, England: Pengurus Bayern Munich, Thomas Tuchel melahirkan rasa simpati terhadap rakan sejawatnya di Manchester United, Erik ten Hag selepas pasukannya menang 1-0 sekali gus menyingkirkan juara tiga kali itu daripada Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Selain tersingkir daripada Liga Juara-Juara, United turut terumbang-ambing dalam kempen Liga Perdana Inggeris dengan prestasi tidak menentu dalam musim kedua kendalian pengurus dari Belanda itu.

"Pastinya saya selalu berasa simpati terhadap jurulatih lain tetapi kami cuba sedaya upaya untuk memenangi perlawanan, sudah tentu saya bersimpati, beliau mempunyai ramai pemain yang cedera bagi perlawanan penting ini," kata Tuchel.

"Ia bukannya masa yang mudah tetapi saya yakin beliau tahu apa yang perlu dilakukan selepas ini dan beliau tidak memerlukan nasihat atau menepuk bahu saya, beliau cukup berpengalaman untuk menanganinya.



"Saya juga berdepan saat mengecewakan Sabtu lalu (tumpas aksi liga 5-1 di tangan Eintracht Frankfurt) dan kadang-kadang anda berasa terlalu keseorangan sebagai seorang jurulatih," katanya.


Penyerang Bayern Munich, Harry Kane (dua dari kiri) melakukan percubaan ketika menentang Manchester United pada aksi Liga Juara-Juara di Old Trafford, Manchester awal pagi tadi. – Foto AFP

Ia hanya kali keenam dalam sejarah United mereka tersingkir di peringkat kumpulan dan hanya kali kedua mereka berakhir di tangga tercorot kumpulan.

Tuchel berkata beliau terkejut dengan persembahan United di peringkat kumpulan.

"Ya, ini satu kelab besar dan tidak seperti apa yang anda harapkan," kata pengurus itu.

"Dalam kumpulan anda menjangkakan Manchester United untuk mencabar status juara kumpulan dan layak ke pusingan 16 terakhir tetapi daripada pengalaman, saya boleh beritahu anda kami berdepan satu kumpulan sukar.

"Perlawanan amat sengit, keputusan agak tipis jadi anda boleh lihat apa saja boleh berlaku hingga hari ini buat Manchester United. Bagi sesetengah perlawanan, ia berubah dalam sekelip mata." – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... mpati-nasib-ten-hag
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.045919 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list