CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8236|Reply: 0

[Melaka] ‘Tiada rombakan, Exco Melaka sudah mantap’

[Copy link]
Post time 13-12-2023 02:59 PM | Show all posts |Read mode

AB. RAUF Yusoh bersalam dengan warga pendidik ketika Majlis Makan Malam Bersama Warga Pendidik di sebuah hotel di Banda Hilir, Melaka.



MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh menegaskan beliau tidak akan membuat rombakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), susulan rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat Persekutuan.

Ab. Rauf berkata, barisan Exco yang dilantik sebelum ini sudah cukup mantap bagi menjalankan kerja-kerja pentadbiran kerajaan negeri.

“Melaka kekal. Melaka, semua (Exco) dengan portfolio masing-masing, apa yang sudah ada ini sudah cukup mantap untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Makan Malam Bersama Warga Pendidik di sebuah hotel di Banda Hilir di sini, malam tadi.

Semalam, Kerajaan Perpaduan melakukan rombakan besar-besaran dalam barisan Kabinetnya selepas setahun me­nerajui pentadbiran negara termasuk melantik lima menteri baharu bagi menyesuaikannya dengan situasi dan cabaran semasa.

Lima menteri baharu ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo.

Sementara itu, seorang lagi menteri baharu ialah Steven Sim Chee Keong yang naik pangkat mengetuai Kementerian Sumber Manusia.

Rombakan Jemaah Menteri juga menyaksikan pengguguran tiga nama iaitu Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar sebagai Menteri Sumber Manusia; Ahli Parlimen Gelugor, Ramkarpal Singh yang sebelum ini Timbalan Menteri Jabatan di Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching (Timbalan Menteri Perladangan Dan Komoditi).

Dalam pada itu, mengulas berkenaan rombakan Kabinet, Ab. Rauf berkata, ia bukan sahaja membuktikan kebersamaan dalam Kerajaan Perpaduan dengan pelantikan menteri dan timbalan menteri daripada pelbagai parti.

“Kalau kita lihat rombakan Kabinet yang diumumkan, kemantapan dalam kombinasi lantikan-lantikan baharu ini memantapkan lagi Kerajaan Perpaduan. Dengan penambahan seorang lagi menteri daripada UMNO, menjadikan tujuh menteri bersama Kerajaan Madani.

“Lantikan menteri dari parti-parti lain ini akan memantapkan lagi Kerajaan Madani,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... elaka-sudah-mantap/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.720349 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list