CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31127|Reply: 0

[Pahang] Polis Kuantan lupus 721 peralatan melombong bitcoin

[Copy link]
Post time 13-12-2023 05:36 PM | Show all posts |Read mode

PROSES pelupusan peralatan bitcoin yang dirampas dalam operasi pada 2021 hingga awal tahun ini oleh polis IPD Kuantan. FOTO Asrol Awang.

Kuantan: Sejumlah 721 peralatan melombong bitcoin yang dirampas polis dalam operasi di daerah ini bagi tempoh 2021 hingga awal tahun ini, dilupuskan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, semua peralatan itu berjumlah RM88,000 termasuk 282 mesin bitcoin disiasat menerusi lima kertas siasatan.

"Kertas siasatan dibuka Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan selesai melalui proses mahkamah, serta mendapat arahan untuk pelupusan.

"Siasatan kes mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelupusan Peralatan Aktiviti Bitcoin di pekarangan IPD Kuantan hari ini.



Dalam pada itu, mengulas mengenai kes pecah rumah ahli perniagaan di Tok Sira, di sini pada 8 Disember lalu, Wan Mohd Zahari berkata, pihaknya masih melakukan siasatan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kediaman.

Katanya, dalam laporan, tiga individu didakwa melakukan kegiatan itu dan melarikan wang tunai, barang kemas, jam tangan, beg berjenama dan dua peti besi yang mengakibatkan mangsa kerugian RM140,000.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-melombong-bitcoin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.037134 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list