CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27386|Reply: 0

[Kelantan] Empat sahabat terserempak harimau belang

[Copy link]
Post time 15-12-2023 10:52 PM | Show all posts |Read mode
Empat sahabat terserempak harimau belang

15 Disember 2023   05:21pm



Gambar hiasan.



GUA MUSANG - Perjalanan empat sahabat dari Cameron Highlands menuju ke Kuala Terengganu pasti tidak dapat dilupakan apabila mereka terserempak dengan seekor harimau belang di Jalan Gua Musang-Lojing, di sini semalam.

Norra Haiyu Rashid, 44, berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 3.15 petang semasa keempat-empat mereka yang merupakan penjawat awam, baru balik dari menghadiri kursus di Cameron Highlands apabila terlihat harimau belang itu keluar dari kawasan semak dan berkeliaran di bahagian bahu jalan.



"Kami berhenti dan merakam kejadian itu dari dalam kereta, selepas 20 minit harimau belang itu masuk semula ke dalam semak," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Beliau berkata, mamalia itu kelihatan kurus, malah pergerakannya tidak lancar seolah-olah cedera pada bahagian kaki, dan beliau telah membuat laporan kepada Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) hari ini.



Sementara itu Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berkenaan kejadian itu.

"Anggota Perhilitan telah ke lokasi kejadian. Perangkap juga telah dipasang di kawasan sekitar untuk menangkap harimau berkenaan. Selain itu, rondaan berterusan turut dilaksanakan oleh anggota Perhilitan Gua Musang,” katanya. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.465685 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list