CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2615|Reply: 0

Musim penuh sempurna buat JDT

[Copy link]
Post time 18-12-2023 11:55 AM | Show all posts |Read mode

JDT secara rasmi dinobatkan sebagai juara ketika menjulang trofi Liga Super selepas aksi menentang Penang FC kelmarin.

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi meletakkan penanda aras baharu dalam saingan Liga Super setelah menjuarai gelaran liga dua musim berturut-turut tanpa mencatatkan sebarang kekalahan.

JDT yang dinobatkan sebagai juara Liga Super buat kali ke-10 musim berturut-turut melabuhkan tirai kempen musim ini dengan 76 mata yang dituai menerusi 25 kemenangan dan satu keputusan seri.

Dalam format baharu Liga Super itu, skuad bimbingan Esteban Solari menjaringkan 100 gol dan hanya dibolosi tujuh kali sahaja dan paling terendah berbanding 13 pasukan lain.

Penyerahan trofi Liga Super kepada kapten, Farizal Marlias di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin menandakan JDT secara rasminya menggondol kesemua piala yang dipertandingkan dan merekodkan quadruple berganda.

Menurut Jurulatih JDT, Esteban Solari, kesemua kejayaan ini tidak mampu direalisasikan tanpa usaha keras semua pemain sejak awal musim secara konsisten sehingga ke penamatnya.

Jelasnya, dia tidak menyangka tahun pertamanya bersama JDT mampu diwarnai dengan pelbagai kejayaan bermula dengan menjulang Piala Sumbangsih, Piala FA, Piala Malaysia dan Liga Super pada malam tadi.

“JDT adalah sebuah kelab yang besar dan meletakkan standard yang tinggi setelah memenangi empat piala ini. Kita bukan sahaja mengulangi kejayaan musim lalu malah melakukan dengan lebih baik setelah memberi persembahan yang menakjubkan setiap perlawanan.

“Saya tidak pernah jangka dapat kejayaan seperti ini pada tahun pertama kerana saya ke sini dengan niat mahu membantu kelab ini menjadi lebih baik dari tahun lalu dan 100 peratus yakin kami berjaya melaksanakan tugas itu.

“Siapa sangka kami jaringkan 100 gol dan bolos hanya tujuh dan ia pencapaian yang hebat dan sukar untuk dilakukan mana-mana pasukan dalam dunia,” katanya.

Solari juga berpuas hati setelah Harimau Selatan berjaya meledak lapan gol dalam perlawanan terakhir menewaskan Penang FC 8-0 sekali gus mencatatkan rekod jaringan 100 gol Liga Super.

“Sejujurnya saya mula dapat rasakan kami mampu mencipta 100 jaringan sejak awal permainan lagi setelah pemain melakukan serangan bertali arus ke kubu lawan, dan pemain cepat mendapatkan semula bola dan mendominasi permainan.

“Saya berbangga dengan pencapaian pemain pada tahun pertama saya di sini. Pujian harus diberikan kepada pemain yang menjadi watak penting dalam kejayaan ini, terima kasih juga kerana mengangkat saya sebaris jurulatih yang pernah berjaya di kelab ini,” jelasnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... -sempurna-buat-jdt/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.492414 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list