CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4106|Reply: 0

Pochettino enggan tekan Nkunku, harap ledak hatrik

[Copy link]
Post time 19-12-2023 11:09 AM | Show all posts |Read mode

Pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino (kanan) enggan meletakkan tekanan ke atas penyerangnya, Christopher Nkunku, sekadar mengharapkan tiga gol daripada penyerang Perancis itu pada penampilan sulungnya. - Foto AGENSI

LONDON: Mauricio Pochettino menggesa peminat Chelsea supaya tidak memberi tekanan kepada Christopher Nkunku dengan meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap penyerang Perancis itu.

Nkunku bakal membuat penampilan sulungnya untuk Chelsea pada suku akhir Piala Liga menentang Newcastle awal pagi esok.

Pemain 26 tahun itu belum pernah diturunkan dalam aksi kompetitif sejak lututnya cedera ketika jelajah pra-musim ke Amerika Syarikat, beberapa minggu selepas dibeli dari RB Leipzig.

Nkunku, penjaring terbanyak Bundesliga musim lalu, disenaraikan dalam skuad Pochettino ketika kemenangan 2-0 ke atas Sheffield United pada Sabtu - kemenangan kedua berturut-turut Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris di laman sendiri buat pertama kali selepas lebih setahun.



Dia bagaimanapun sekadar memanaskan bangku simpanan tetapi dijangka akan membuat penampilan kompetitif pertamanya menentang Newcastle.

"Dia mungkin boleh bermain untuk 20 minit. Sabtu lalu saya masih risau sebanyak satu atau dua peratus, sebab itu saya tidak memasukkannya. Saya perlu yakin 100 peratus," kata Pochhettino.

Chelsea meledak 28 gol dalam 17 penampilan liga musim ini, tetapi masih berada di tangga ke-10 liga selepas gagal menjaringkan sebarang gol sepanjang September.

Pochettino menggesa penyokong untuk bersabar dengan penyerang baharu itu, yang meledak 16 gol untuk Leipzig musim lalu.

"Nkunku hanya berlatih sejak beberapa minggu lalu, selepas empat atau lima bulan berehat. Pasukan semakin meningkat dan situasi sudah berubah.

"Kerisauan saya ialah apabila tekanan diletakkan ke atasnya, dengan berkata 'kini pemain yang akan memberikan kemenangan dalam setiap perlawanan sudah tiba, untuk mengubah segalanya'. Saya tidak percaya ia akan menjadi seperti itu.

"Dia perlukan masa untuk mengembalikan kecergasannya. Saya harap dia akan bermain esok dan menjaringkan tiga gol, kemudian terus konsisten. Tetapi apa yang penting ialah tidak meletakkan tekanan terlalu tinggi ke atasnya," kata Pochettino.

Nicolas Jackson adalah penjaring terbanyak Chelsea musim ini, dengan lapan gol dalam semua pertandingan, manakala Cole Palmer dan Raheem Sterling masing-masing meledak enam gol. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... -harap-ledak-hatrik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.042669 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list