CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2423|Reply: 0

Nunez, Jota bawa Liverpool ke puncak liga

[Copy link]
Post time 27-12-2023 12:06 PM | Show all posts |Read mode

JOTA meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO Reuters/\

London: Liverpool melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Darwin Nunez menamatkan kemarau jaringan ketika mengalahkan Burnley 2-0.

Liverpool yang dibimbing Jurgen Kloop mendahului awal menerusi Nunez di Turf Moor dan pelawat turut melepaskan beberapa peluang menambah jaringan.

Gol kelapan Nunez musim ini adalah jaringan pertamanya selepas 12 perlawanan sejak dia mencetak nama sebagai penjaring menentang Bournemouth dalam Piala Liga 1 November lalu.

Diogo Jota, yang kembali beraksi selepas sebulan berehat akibat kecederaan, mengesahkan kemenangan Liverpool yang memiliki kelebihan dua mata di atas pasukan tempat kedua, Arsenal.


Arsenal mampu untuk merampas kembali kedudukan teratas dengan syarat mencatat kemenangan di laman sendiri ketika bertembung West Ham Jumaat ini.

Selepas mencatat keputusan seri dengan Manchester United dan Arsenal menjelang Krismas, ia adalah kemenangan penting buat Liverpool yang bercita-cita meraih gelaran juara liga.

"Ia sangat baik. Ia mungkin akan berubah dan itu tiada masalah. Ia tidak sempurna tetapi kami berada di mana sepatutnya kami berada," kata Klopp.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pool-ke-puncak-liga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.120352 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list