CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2758|Reply: 0

Darren sedia rebut posisi penyerang

[Copy link]
Post time 27-12-2023 12:10 PM | Show all posts |Read mode

DARREN (tengah) percaya kualiti dimilikinya mampu memikat hati Pan-gon untuk tersenarai ke Piala Asia 2023 bulan depan.

PENGGEMPUR skuad Harimau Malaya, Darren Lok berharap kualiti yang ada padanya sudah cukup untuk berada dalam se­narai 23 pemain dibawa ke ­Qatar bagi mengharungi ­saingan Piala Asia 2023 bermula Januari ini.

Bintang Sabah FC itu me­ngakui, saingan untuk berada dalam kesebelasan utama di­jangka lebih sengit terutama kehadiran penyerang natura­lisasi baharu, Romel Morales.

Kata Darren, barisan kejurulatihan diketuai Kim Pan-gon sudah pasti memiliki perancangan tersendiri dan tentunya tahu kualiti serta kelemahan setiap pemain.

“Saya yakin Pan-gon tahu kualiti apa yang boleh saya berikan kepada skuad kebangsaan. Jika diberi peluang, saya akan berikan yang terbaik tidak kira dalam kesebelasan utama atau masuk sebagai pemain gantian.

“Apa yang penting, saya perlu fokus pada sesi latihan untuk meningkatkan prestasi selain perbaiki kelemahan yang ada.

“Kita telah mengharungi musim yang panjang, tetapi semua pemain cukup semangat untuk mengharungi cabaran terbesar (Piala Asia) nanti.

“Mengenai Morales, dia adalah pemain yang bagus dan pastinya ada sebab utama barisan kejurulatihan memang­gilnya berada dalam pasukan kali ini,” kata penyerang ber­usia 32 tahun itu.

Skuad Harimau Malaya mula menjalani sesi latihan pusat di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya semalam sebelum berlepas ke Asia Barat untuk meneruskan latihan fasa kedua nanti.

Seramai 26 nama dipanggil kali ini dengan tiga daripada senarai tersebut akan disingkirkan pada saat akhir oleh Pan-gon yang hanya membawa 23 pemain ke Piala Asia 2023 di Qatar bermula 13 Januari ini.

Malaysia diundi dalam Kumpulan E dan dijadualkan menentang Jordan pada 16 Ja­nuari, disusuli aksi menentang Bahrain (20 Januari) dan Korea Selatan (25 Januari).
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... t-posisi-penyerang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.176250 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list