CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19964|Reply: 0

Pan-gon kecewa 'karenah' Arab Saudi

[Copy link]
Post time 27-12-2023 05:16 PM | Show all posts |Read mode

PAN-gon ketika sesi latihan skuad negara hari ini. FOTO FAM

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Kim Pan Gon kecewa perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia dan Arab Saudi yang dijadual berlangsung pada 4 Jan depan dibatalkan.

Ini kerana pembatalan itu menyebabkan pasukan kendaliannya berdepan kemungkinan hanya bermain satu aksi pemanas badan sebelum memulakan kempen Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bermula 12 Jan sehingga 10 Feb.

Pan Gon berkata bermain satu perlawanan persahabatan menentang Syria pada 8 Jan sebelum memulakan kempen Piala Asia tidak mencukupi dalam persediaan anak buahnya menghadapi cabaran hebat di Doha.

"Sudah tentu tidak cukup (satu perlawanan persahabatan), saya sangat kecewa.. namun kita akan berusaha mengatasinya. Kita sedang cari 'pasukan lawan' yang ada," katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan negara di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam, sambil mengakui pilihan pasukan lawan sangat terhad.

FAM sebelum ini mengesahkan aksi persahabatan bertemu Arab Saudi terpaksa dibatalkan atas permintaan ketua jurulatih baharunya Roberto Mancini disebabkan pengendali dari Itali itu mencongak pasukannya berkemungkinan bertemu Malaysia di pusingan 16 terbaik Piala Asia.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -karenah-arab-saudi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.227441 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list