View: 7984|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Guru KAFA fasih berbahasa Mandarin bagi eratkan hubungan masyarakat majmuk
[Copy link]
|
|
Muhammad Hidayat Solehan. - Foto Muhammad Hidayat Solehan
KUALA LUMPUR: Kemampuan menguasai bahasa Mandarin menjadi kelebihan kepada guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) berbangsa Melayu ini kerana bukan saja menambah ilmu tetapi dapat mengeratkan hubungan masyarakat majmuk.
Muhammad Hidayat Solehan, 21, yang juga pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, berasal dari Seri Manjung, Perak belajar bahasa Mandarin berkenaan sejak berusia lima tahun dan mengambil masa dua tahun untuk menguasainya.
@hidayatnaufall Kalau kat Perak aku memang pergi sini je,dijamin puas hati la harga dan kualiti dia #fyp #xyzbca #mandarin #chinese #malaysia #ps5 Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) - yo suzuki(akisai)
@hidayatnaufall Kisah bersama abang grab chinese #fyp #abanggrab #mandarin #chinese #uitmshahalam ♬ original sound - Hidayat Naufal
Beliau mempelajari bahasa itu atas dorongan ibu bapa yang menghantarnya ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan mengakui sebelum ini dia juga boleh membaca serta menulis dalam bahasa berkenaan.
"Sekarang saya sudah tidak boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Mandarin kerana sudah terlalu lama tinggal tetapi masih boleh bercakap dengan fasih, malah ketika ini dalam keluarga hanya saya yang boleh bertutur dalam bahasa itu.
"Ketika di sekolah dulu ramai juga rakan Cina memuji dan teruja kerana saya boleh bercakap bahasa mereka walaupun masih kecil," katanya memberitahu neneknya adalah wanita berketurunan Tionghua yang dijaga keluarga Islam.
Anak sulung daripada enam beradik itu berkata, sebagai rakyat dalam negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum, kemampuan menguasai bahasa lain adalah kelebihan selain ia juga ilmu yang memanfaatkan serta berharga.
Menurutnya, dia juga selalu berkongsi video bercakap dalam bahasa Mandarin untuk menunjukkan negara ini mempunyai rakyat yang berkualiti dalam menguasai pelbagai bahasa.
Bagaimanapun katanya, selepas videonya bercakap dalam bahasa Mandarin bersama seorang wanita warga emas, dia juga tidak terlepas daripada kecaman segelintir netizen yang beranggapan dirinya terlalu mengangkat bahasa itu.
@hidayatnaufall Replying to @mrsmrym #fyp #mandarin #chinese #malaysia #xyzbca ♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) - yo suzuki(akisai)
"Saya berkongsi video dan bercakap dalam bahasa Mandarin supaya kemahiran bertutur bahasa itu tidak hilang dan mahu mengeratkan hubungan dengan masyarakat tanpa mengira bangsa, namun saya juga bangga dengan bahasa Kebangsaan.
"Selain bahasa ibunda, saya juga boleh bertutur bahasa Inggeris dan sedang belajar menguasai bahasa Arab. Ketika di sekolah (rendah) saya seorang saja lelaki Melayu dalam 'batch' tetapi rakan Cina baik dengan saya dan mereka juga boleh menguasai bahasa Melayu dengan baik," katanya
https://www.bharian.com.my/berit ... hubungan-masyarakat |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|