View: 18188|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Senior ajak ponteng, samun warga asing
[Copy link]
|
|
FOTO HIASAN.
Kuala Lumpur: Niat remaja 14 tahun adalah mencari duit poket tetapi dia dipaksa pelajar senior untuk menyamun menggunakan senjata di sekitar Cheras di sini, baru-baru ini.
Menurut sumber, mangsa diajak pelajar senior berusia 17 tahun untuk berjumpa di sebuah kedai makan kononnya mahu menawarkan pekerjaan.
"Namun mangsa terkejut apabila diberitahu pekerjaan itu adalah menyamun warga asing.
"Malah remaja berkenaan beberapa kali diberi tugas menjaga sekeliling ketika pelajar senior terbabit melakukan jenayah tetapi tidak menerima sebarang imbuhan," katanya.
Sumber berkata, remaja 17 tahun itu juga mengajak mangsa ponteng sekolah bagi melakukan kegiatan samun dan mangsa yang ketakutan hanya menurut.
Difahamkan suspek menggunakan senjata pisau dan kerambit ketika melakukan perbuatan itu di sekitar ibu negara dan menyasarkan warga asing.
Bagaimanapun, mangsa yang bimbangkan keselamatan kerana diugut selepas enggan terbabit dengan aktiviti itu dikatakan membuat laporan polis semalam.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Superintendan Ridzuan Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit dan akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-samun-warga-asing |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|