CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7849|Reply: 0

[Kelantan] Jambatan tenggelam 60 pelajar tidak ke sekolah

[Copy link]
Post time 18-1-2024 11:13 AM | Show all posts |Read mode

AIR sungai yang melimpah jambatan besi Kampung Batu 6, petang semalam. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Jambatan besi yang menjadi jalan utama untuk keluar dari perkampungan Batu 6 di sini, sering dinaiki air apabila hujan lebat sejak seminggu lalu, menyebabkan 60 pelajar di kampung terbabit tidak dapat ke sekolah.

Penduduk mendakwa, sepanjang minggu ini, ada dua hari yang mana pelajar tidak dapat hadir ke sekolah apabila satu-satunya jambatan yang menjadi jalan keluar dari perkampungan itu ditenggelami air.

Menurut seorang penduduk, Muhammad Alif Nazuwaan Azian, 19, keadaan jambatan yang kerap ditenggelami air terutama pada musim tengkujuh menyebabkan dia tidak dapat keluar berkerja sehingga memberi kesan kepada pendapatannya.

Malah katanya, situasi itu menyebabkan adiknya yang kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Gua Musang juga tidak dapat pergi ke sekolah.



"Malah, selepas air surut, penduduk terpaksa bergotong-royong membersihkan jambatan dengan membuang lumpur bagi membolehkan ia dilalui.

"Saya yang berkerja dengan gaji harian sangat terkesan apabila jambatan ini ditenggelami air kerana tidak dapat keluar bekerja dan adik saya sudah dua hari tidak ke sekolah pada minggu ini," katanya.

Muhammad Alif Nazuwaan berkata, terdapat juga pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa menggunakan laluan jambatan kereta api, untuk ke sekolah bagi menduduki peperiksaan terbabit.

"Apabila sudah terdesak dan tiada pilihan, kami terpaksa menggunakan laluan jambatan kereta api, tetapi ia sangat berisiko kerana jalan licin dan bimbang sekiranya berselisih dengan kereta api," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim berkata, pihaknya mendapat makluman daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang sudah bersetuju untuk membina jambatan baharu bagi mengatasi masalah yang dihadapi penduduk.

"Alhamdulillah jawapan terakhir yang saya dapat melalui KKDW ialah kerajaan dalam proses untuk buat perolehan dan difahamkan proses tender akan dibuat dalam bulan Januari ini.

"Sekarang ini sudah Januari dan saya memohon pihak kementerian supaya menyegerakan pembinaan jambatan baharu kerana jambatan sementara dikategorikan sangat kritikal kerana boleh mengancam keselamatan terutamanya anak yang masih bersekolah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ar-tidak-ke-sekolah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.077820 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list