View: 8300|Reply: 0
|
[Kelantan]
Moga mayat adik ditemui, ada kubur boleh diziarahi
[Copy link]
|
|
DUA anjing pengesan K9, dibawa menaiki bot dalam misi mencari dan menyelamat lelaki terjun jambatan di Tendong, Pasir Mas. FOTO ihsan Bomba
Kota Bharu: "Sudah masuk hari keempat adik hilang di sungai, besar harapan kami jasadnya ditemui. Sekurang-kurangnya ada kubur boleh diziarahi," ujar Sukardi Ismail, 47.
Adiknya, Norhisyam Ismail, 43, sebelum ini didakwa terjun di Jambatan Tendong di sini, petang Isnin lalu.
Sukardi berkata, setiap hari dia akan ke tebing sungai Kampung Tendong, Pasir Mas, di sini untuk mengetahui perkembangan dan melihat sendiri operasi mencari dan menyelamat (SAR) Norhisyam.
Katanya lagi, masih tiada sebarang petunjuk sehingga hari ini dan mereka sekeluarga tetap mengharapkan jasad adiknya itu ditemui.
"Kami tetap tidak berputus asa dan berdoa. Kami turut membuat solat hajat semoga adik ditemukan walau apa cara sekalipun.
"Selain menunggu berita dari pihak berkuasa, saya juga sentiasa berhubung dengan beberapa kenalan yang tinggal di sepanjang laluan Sungai Kelantan termasuk kelompok nelayan serta pemilik jeti," katanya tadi.
Sukardi yang menetap di Kedah berkata, dia tidak akan kembali selagi adiknya itu belum ditemui.
"Sebagai seorang abang, dia cuba menenangkan adik ipar (isteri Norhisyam) serta empat anak saudaranya yang sangat terkesan dengan kehilangan mangsa.
"Mereka sekeluarga percaya bahawa Norhisyam akan ditemui dalam masa terdekat dan merasakan jasadnya terlekat di halangan di dasar sungai.
"Saya simpati melihat empat anak mangsa terutama anak sulung berusia 18 tahun yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta si bongsu berusia 11 bulan.
"Saya harap orang ramai tidak membuat spekulasi tak elok terhadap Norhisyam dan sama-sama berdoa urusan mencarinya dipermudahkan," katanya.
Dalam kejadian jam 6.48 petang Isnin lalu, Norhisyam yang juga peniaga kosmetik bertindak terjun Jambatan Tendong selepas memarkir kereta di atas jambatan itu malah dia sempat menghubungi bapa mentua supaya datang mengambil kenderaan model Mercedes yang dikatakan rosak.
Operasi mencari dan menyelamat oleh pihak bomba turut dibantu dua anjing daripada Unit Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang dinamakan Grouse serta Lady.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bur-boleh-diziarahi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|