CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36984|Reply: 0

[Terengganu] Pelajar cedera dihempap dinding runtuh stabil

[Copy link]
Post time 20-1-2024 03:04 PM | Show all posts |Read mode

DINDING konkrit yang menghempap pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di daerah Setiu. FOTO Ihsan JBPM

Kuala Terengganu: Pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di daerah Setiu yang cedera selepas dihempap dinding konkrit semalam dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Jelani Sulong berkata pelajar itu kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas kedua-dua belah pahanya cedera akibat dihempap dinding konkrit yang tiba-tiba runtuh ketika mencuci pakaian di asrama berkenaan.

Beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana Kementerian Pendidikan (KPM) sudah menyalurkan bantuan penyelenggaraan sebanyak RM200,000 kepada setiap SABK tahun lepas bagi memastikan infrastruktur sekolah berada dalam keadaan baik dan selamat.

"SABK adalah di bawah kelolaan kerajaan negeri, namun kita memandang serius perkara sebegini yang membabitkan keselamatan pelajar.



"Kita harap semua sekolah dapat meningkatkan aspek keselamatan bagi memastikan insiden sebegini tidak lagi berulang pada masa hadapan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.22 pagi semalam, mangsa cedera di kedua-dua belah paha selepas dihempap runtuhan dinding konkrit.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Setiu mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nding-runtuh-stabil

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.050614 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list