|
FOTO HIASAN
Kota Bharu: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menjelaskan gangguan bekalan air yang berlaku di sebahagian kawasan Gunong, Bachok adalah bersifat sementara, bukannya sejak 10 tahun yang lalu.
AKSB menerusi kenyataan media berkata, punca bekalan air terputus adalah kerana bekalan air yang diterima daripada Loji Rawatan Air (LRA) Chicha menyusut.
"LRA Chicha menyusut berikutan penerobosan air masin di Sungai Pengkalan Datu, Pasir Tumbuh sehingga menyebabkan kandungan chloride melebihi kadar yang dibenarkan iaitu melebihi 250 ppm.
"Ini menyebabkan pengambilan air mentah melalui telaga jejari Pasir Tumbuh yang membekalkan air mentah ke LRA Chicha terpaksa dikurangkan kepada 10 juta liter sehari (JLH) daripada pengeluaran asal 15 JLH.
"Kebiasaannya, LRA Chicha dapat membekalkan air kepada Jajahan Bachok sehingga 8 JLH," katanya.
Jelasnya, AKSB juga mengambil tindakan proaktif dengan menggerakkan lori tangki bagi menghantar dan pengisian semula tangki statik ke kawasan terjejas.
Katanya, sehingga kini, empat tangki statik sedang ditempatkan di kawasan terjejas dengan memberi keutamaan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
"Kawasan berkenaan adalah Pasar Gunong, Taman Puteri Saadong, Taman Hamidah dan Kampung Telaga Ara.
"Selain itu, AKSB cuba meningkatkan tekanan air ke kawasan itu melalui LRA Jelawat, namun bekalan air daripada loji itu hanya sampai ke Kampung Bator, di mana jarak antara Kampung Bator dgn Gunung adalah lebih kurang empat kilometer (km)," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, lebih 300 penduduk membabitkan 50 keluarga dari Taman Perumahan Puteri Saadong di Gunong, Bachok menyambut Ramadan dalam kesulitan susulan berdepan masalah bekalan air.
Penduduk mendakwa, masalah gangguan bekalan air sudah dialami sejak 10 tahun lalu, namun semakin teruk sejak dua minggu lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anya-sementara-aksb |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|