CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3593|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Guna gadis Melayu promosi pinjaman wang

[Copy link]
Post time 19-3-2024 03:05 PM | Show all posts |Read mode

Antara promosi pinjaman wang haram atau along yang menggunakan wanita Melayu di media sosial untuk menarik minat orang ramai pada musim perayaan Aidilfitri.

Kuala Lumpur: Menggunakan gadis Melayu bagi mempromosikan tawaran pinjaman di media sosial.

Itu antara taktik baharu digunakan sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau along yang menyasarkan individu terdesak menggunakan wang pada musim perayaan ini.

Sindiket dipercayai menggunakan gambar gadis Melayu bagi meyakinkan orang ramai terutama orang Islam kononnya pinjaman diberikan 'patuh syariah'.

Malah bagi lebih meyakinkan, gadis terbabit turut bersiaran langsung di TikTok sambil mempromosikan pinjaman.



Taktik lain digunakan ialah kelulusan segera, tidak perlu dokumen, pinjam RM500 dapat RM1,000 selain kadar bayaran pinjaman bulanan yang rendah.

Individu yang berminat perlu menghantar mesej peribadi (DM) pada akaun media sosial berkenaan yang akhirnya menjerat mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, tindakan mempromosikan pinjaman di media sosial itu adalah taktik pemberi pinjaman haram atau along.

Beliau berkata, mereka yang menawarkan pinjaman peribadi sedemikian adalah kesalahan mengikut Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

"Polis boleh mengambil tindakan atas sebarang aktiviti promosi pinjaman tidak berlesen dan kita menasihati individu yang terbabit supaya menghentikan perbuatan itu.

"Sindiket akan menggunakan pelbagai taktik bagi menjerat mereka yang terdesak untuk mendapatkan wang dengan kadar segera pada musim perayaan ini," katanya kepada Harian Metro.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, pihaknya menjangkakan berlaku peningkatan kes penipuan pinjaman wang selepas musim perayaan.

Katanya, orang ramai dinasihati tidak terpedaya dengan sebarang taktik promosi pinjaman di media sosial bagi mengelak menjadi mangsa.

"Orang ramai perlu berhati-hati dalam keghairahan menyambut perayaan, hendaklah ukur baju di badan sendiri.

"Amalkan berjimat-cermat dalam suasana perayaan dan tidak mendekati mana-mana pemberi pinjaman wang untuk mendapatkan pinjaman segera kerana pengakhirannya akan membawa bencana," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... omosi-pinjaman-wang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.576910 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list