View: 5898|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
'Tak fikir duit, ini amanah dan tanggungjawab' - Pengawal keselamatan jumpa RM500,000
[Copy link]
|
|
HARDEEP Singh Jaswant (kiri) menyampaikan anugerah kepada Sherpa atas kejujurannya memulangkan wang RM500,000 yang dijumpai, baru-baru ini. FOTO FB Syarikat A5 Security Services.
Putrajaya: "Saya berpegang kepada tanggungjawab dan amanah yang diberikan syarikat," kata pengawal keselamatan yang menjumpai beg berisi wang tunai melebihi RM500,000 di kawasan letak kenderaan di pusat beli-belah di Damansara, Rabu lalu.
Sherpa Dawa, 39, dari Nepal berkata, atas prinsip itu menyebabkan dia tidak gentar apabila menemui sesuatu yang 'besar', bahkan sudah diberi latihan oleh syarikat yang menekankan tanggungjawab.
Empat tahun bekerja dengan syarikat keselamatan itu, Sherpa berkata, dia tidak memikirkan jumlah banyak atau sedikit duit yang dijumpai.
"Yang penting kita buat kerja kita," katanya yang menerima anugerah daripada majikannya, A5 Security Service, semalam atas kejujurannya memulangkan wang dijumpai.
Majlis ringkas itu dikongsi syarikat itu di Facebook dan tular serta mendapati pujian warganet.
Sementara itu, Pengarah A5 Security Service, Hardeep Singh Jaswant berkata, pihaknya sangat menghargai sikap tanggungjawab dan kejujuran ditunjukkan Sherpa ketika bertugas, tanpa takut sebarang risiko.
Katanya, syarikat bangga mempunyai pekerja sepertinya yang mengurus kejadian mengikut tatacara yang betul.
"Kami amat menghargai kesetiaannya terhadap syarikat dan jujur... kerana itu kami memberi ganjaran kepadanya," katanya.
Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilapor berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengawal keselamatan berkaitan penemuan bagasi bersaiz sederhana kira-kira 8 pagi Rabu yang di dalamnya berisi wang melebihi RM500,000.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... l-keselamatan-jumpa |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|