CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6152|Reply: 1

[Selangor] PBT Selangor kenal pasti lokasi gerai 'Rambo'

[Copy link]
Post time 23-3-2024 10:53 AM | Show all posts |Read mode

Mohd Najwan Halimi (berbaju Melayu biru muda) bersama pengurusan Central i-City meraikan 30 murid-murid Sekolah Kebangsaan Subang dalam kategori B40.

SHAH ALAM: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor sudah mengenal pasti beberapa lokasi peniaga 'Rambo', peniaga tiada permit bazar Ramadan tetapi berniaga secara tiba-tiba.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Keusahawanan, Mohd Najwan Halimi, berkata peniaga begini mengganggu peniaga yang sudah mempunyai permit PBT dan tapak berniaga di bazar Ramadan.

"Produk yang mereka jual sama seperti peniaga-peniaga bazar Ramadan (sedangkan perkara ini sudah ditetapkan PBT di kawasan terbabit).

"Biasanya akan timbul perselisihan apabila penjaja 'Rambo' ini datang tiba-tiba tanpa ada permit, pacak gerai dan menimbulkan masalah dengan peniaga yang sudah daftar dengan PBT dan mempunyai permit," katanya selepas Majlis Pelancaran Sambutan Aidilfitri 2024 'Riang Ria Raya di Central i-City di sini, petang semalam.



Bagaimanapun Mohd Najwan berkata, situasi terbabit masih terkawal memandangkan pemantauan dan penguatkuasaan berterusan dijalankan.

"Mereka (PBT) sudah mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan aduan yang diterima dengan mengenakan kompaun dan memindahkan peniaga Rambo.

"Kita tidak menghalang mereka berniaga, cuma di peringkat PBT kita sudah mengeluarkan notis makluman lebih awal sebelum Ramadan agar memohon permit mengikut peraturan ditetapkan.

"Tidak adil untuk peniaga yang ada permit jika peniaga 'Rambo' berniaga cara begini. Sebab itu penguatkuasaan penting dan sedang dilakukan," katanya.

Mengulas mengenai majlis berkenaan pula katanya, kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan mana-mana pusat beli belah dalam konteks membantu usahawan-usahawan di Selangor.

"Macam hari ini kebanyakan mereka yang menyertai program bazar ini adalah usahawan-usahawan tempatan kita dan ada antaranya yang baru bermula.

Program Riang Ria Raya ini inisiatif pengurusan pusat beli belah Central iCity Mall, program berkonsepkan bazar yang menghimpunkan 70 vendor pelbagai produk yang mana kebanyakan untuk persiapan raya seperti baju dan kelengkapan raya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -lokasi-gerai-rambo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2024 06:03 PM | Show all posts
Berniaga kalau ada untung, tersangatlah teruja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 1.518209 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list