CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 17710|Reply: 74

Kebenaran Panggilan Dari 'Golden Takaful' Dan Pemanggilnya Kurang Ajar

[Copy link]
Post time 21-3-2011 09:02 AM | Show all posts |Read mode
Semalam saya ada menerima satu panggilan telefon dari seorang 'perempuan' yang sungguh bersopan santun memberi salam dan memperkenalkan dirinya sebagai wakil dari syarikat 'Golden Takaful'. Saya cuba search dalam internet, tak wujud pun. Takaful lain banyak la.

Dialog saya dengan dia

"Perempuan" : Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan encik ................(saya la tu)

"Saya" : Yer saya bercakap

"Perempuan" : saya membuat panggilan dari syarikat 'Golden Takaful' dari Kuala Lumpur ingin menghantar sijil perlindungan untuk kemalangan dan penyakit kritikal kepada encik dengan bayaran sebanyak RM290+ setahun. Encik akan mendapat perlindungan sehingga RM100,000 dengan hanya dengan bayaran tersebut. Encik boleh membuat claim kepada syarikat kami dengan menyertakan salinan bil hospital kepada kami, duit claim tersebuat akan dibank in kedalam akaun bank encik selepas ianya diproses. Polisi akan dihantar selepas 7 hari ye encik sekali dengan resit pembayaran. Encik faham?

"Saya" : Ye

"Perempuan" : Ini adalah polisi yang istimewa kami tawarkan. Encik ada apa-apa soalan mengenai pembayaran?

"Saya" : Minta maaf saya tidak berminat sebab saya telah banyak menerima panggilan telefon dari Golden Takaful Kuala Lumpur ini banyak kali dan saya tolak kesemuanya.


"Perempuan" : Mana ada 'Golden Takaful Kuala Lumpur encik!!


"Saya" : Yelah, apa-apa jelah yang ada Golden Takaful.


"Perempuan" : Ini tawaran pengenalan untuk setahun encik!!


"Saya" : Maaf saya tak berminat.


"Perempuan kurang ajar" : Lantak kaulah!!

Terus dia letak, tak sempat aku nak maki dia balik.

Macam tulah lebih kurang dialog aku dengan dia sebentar tadi. Fuuhhh... menyirap darah aku, nasib baik no hp dia tak keluar dalam hp aku, cuma keluar 'private number', kalau tak aku sembur balik aku letak no hp dia dalam blog aku ni.

Kalau syarikat ini wujud pun, janganlah sampai kurang ajar macam tu, kau tu perempuan ooiii... Kalau pelanggan menolak dengan baik, terima ajelah, jangan nak menyalak macam anjing sebab kau tak dapat duit dari aku.

Katakanlah ini salah satu daripada sindiket untuk penipuan melalui kad kredit, harap-harap rakan pembaca sekalian berhati-hatilah.

Kalau nak membeli insurans, gunakanlah saluran yang betul. Jangan dengan hanya menerima panggilan ntah dari syarikat mana. Tiba-tiba nak no kad kredit kita. Amboi.... senang betul ye sekarang kalau nak menipu,

Maaf sekiranya thread saya ini agak kasar. Cuma saya agak terkilan dengan sikap pemanggil tadi. Sekiranya ada sesiapa yang tahu mengenai syarikat insurans ini, boleh la kongsi bersama. Sebab saya menerima hampir 10 kali sepanjang tahun ini panggilan dari syarikat yang sama.

Ada salah satu daripadanya yang panggil saya "b*d*h". Kalau syarikat itu beroperasi dengan sah, namapun 'Takaful' insurans berlandaskan islam. Kenapa berperangai macam itu kepada pelanggan?

Kalau ada sesiapa yang mempunyai pengalaman macam saya, sudilah berkongsi.

Sekiranya thread ini tidak sesuai, moderator boleh delete. Cuma nak berkongsi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2011 09:07 AM | Show all posts
mmg bodoh + kurang hajau itu org.....nak buat bisnes tp cara bercakap tak beretika....gamaknya dia rs mcm buang masa je cakap ngan ko....tu yg dibasekan dengan ayat lantaklah Kau tu...

topik ni mmg seswai kat sini TT....lenkali..kalau ada poremer lain yg akan berhdapan dengan CSO dr GOLDEN TAKAFUL ni...terus je la letak tepon kan,,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2011 09:10 AM | Show all posts
mmg bodoh + kurang hajau itu org.....nak buat bisnes tp cara bercakap tak beretika....gamaknya dia r ...
medangmru Post at 21-3-2011 09:07 AM



    terima kasih moderator. no telefon tak ada, dia guna private number. kalau ada saya dah letak kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 09:23 AM | Show all posts
Pernah dapat panggilan sebegini...then bila kita cakap, kita tak berminat..terus kita disound oleh pemanggil tersebut dgn mengatakan kita ni sombong dan berlagak...nak balas balik...tiba2 dia hempas telefon...mcm2 hal..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 09:31 AM | Show all posts
since aku ada CC dari Maybank aku selalu dpt call ni
ada sekali tu caller tu pompuan
siap ckp
" u nk bagi tau supervisor i pun bagi tahu la..tak heran pun!"
dia ckp mcm tu selepas aku tanya mcm2 termasuk mana dpt no hp
apa website etc...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2011 09:39 AM | Show all posts
since aku ada CC dari Maybank aku selalu dpt call ni
ada sekali tu caller tu pompuan
siap ckp
" u ...
R2D2 Post at 21-3-2011 09:31 AM



    rasanya ada orang dalam maybank ni buat duit tak halal. jual no hp customer kad kredit kat syarikat lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2011 09:41 AM | Show all posts
rasanya ada orang dalam maybank ni buat duit tak halal. jual no hp customer kad kredit kat ...
hafeezan Post at 21-3-2011 09:39


tak.
benda ni sah
baca T & C masa mula2 dpt CC tu. tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2011 09:51 AM | Show all posts
tak.
benda ni sah
baca T & C masa mula2 dpt CC tu. tq
R2D2 Post at 21-3-2011 09:41 AM



    ye ke? nak buat macam mana, dah nak pakai kad kredit. tapi tu la, kenalah hati-hati lepas ni. Kalau nak beli insurans biar la betul caranya. kalau main telefon ni risiko besar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2011 10:06 AM | Show all posts
selalu dpt call camni. Biasanyer orange susah nak kat NO. So aku tadah jer telinga dengar dia membebel ada la dekat 10 minit. Satu hapa aku x paham. Last2 aku cakap....'apa2 hal awak call husband saya jer laa...hehe. Buang air liur je pompuan tu membebel. Tp so far xderlak dorang kuang hajar ker aperr...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 10:25 AM | Show all posts
memg kurang ajar btol...
tp mcm tt cerita,xder plak i pnh dgr golden takaful nie..
kalo i dpt la..memg truk i bls blik nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 10:56 AM | Show all posts
since aku ada CC dari Maybank aku selalu dpt call ni
ada sekali tu caller tu pompuan
siap ckp
" u ...
R2D2 Post at 21-3-2011 09:31



yang CC maybank ni..

pernah dapat few times..ada yang ok..ada yang sengal.. lepas kita kata kita mmg takmo CC tuh mcm mana pun..terus hang up..ade plak..iols pon keje bidang CS ni...walau mcm mana layanan customer kat kita..kene jawab sambil senyum..

"oo cik taknak ye..ok takpe..terima kasih ye...have a pleasant day"...

at least bg la ucap kata penutup dulu sebelum hang up..dah ler bazirkan masa keje orang jawab phone mebeng ni

kalu bos iols yang jawab phone tuh..sure dah kene tarbiyyah budak2 tuh..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 11:15 AM | Show all posts
sbb tu aku tak jawab tepon yg callid private # aje
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 12:37 PM | Show all posts
Pernah dapat panggilan sebegini...then bila kita cakap, kita tak berminat..terus kita disound oleh p ...
AnisSuraya Post at 21-3-2011 09:23


Tak tahu pulak Anis pernah kena macam tu ... hehehehehe...

p/s: surat endorsement dah dpt... tunggu masa nak jumpa ajer nanti
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 12:40 PM | Show all posts
Tak tahu pulak Anis pernah kena macam tu ... hehehehehe...

p/s: surat endorsement dah dpt... ...
ibm632 Post at 21-3-2011 12:37 PM


byk kali gak dpt panggilan mcm tu cuma selalu abaikan...sebab kita dah ada agen insurans yg baik n ensem lak tu..wakakakaka

p/s: kang jumpa jangan lupa bawak coklat..ngidam ni...hik hik hik
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 12:55 PM | Show all posts


InsyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 01:00 PM | Show all posts
aku ni semua jenis produk aku dh dgr
bela ikan keli
bela lintah
insurans
club kesihatan
...
byk betul bank jual no hp aku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2011 01:03 PM | Show all posts
yang peliknya..awl2 leh plak bg salam....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 01:21 PM | Show all posts
mulai dr hari ni..moh kita jgn layan no2 Private ni...aku dah tak layan no2 private ni...aku bolayan je....taknkisah la Big Boss aku ke....saper2 ke....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 01:25 PM | Show all posts
selalu gak dpt call mcm ni...
ai ckp 'dah ada insurance' 'xminat'....
org tu jwb 'ni lain, xsama mcm yg u ambil tu' 'kita jumpa & u dgr dulu apa yg i nk terangkn'
bla bla bla... xphm ke bila org ckp xminat&xnk....issshhhhh kang jwb kasar2, kesian plk...
dgr jelah dia potpetpotpet, 20minat letak telephone...wat hbs kredit dia....huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 01:45 PM | Show all posts
x penah dengar pun nama company nie....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.075382 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list