CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15404|Reply: 54

Konspirasi Dunia- Bulan Sabit dan Bintang Lambang Islam?

[Copy link]
Post time 21-3-2011 06:10 PM | Show all posts |Read mode


Adakah ini lambang sebenar Islam? Bagaimana umat Islam disihir dengan dahsyatnya pada zaman sekarang? Sila baca artikel ini selanjutnya untuk mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku di sekeliling kita.

Saya mulakan artikel ini dengan petikan ayat dari Al-Quran.

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:

"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.

Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
Al-Baqarah 102


Berdasarkan ayat di atas dan tajuk artikel ini, apa yang dapat anda semua kaitkan? Buka mata, buka hati. Insya Allah anda akan dapat mengungkaikan puzzle ini. Setelah kewafatan Rasullulah s.a.w dan berakhirnya zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rashidin, umat Islam sebenarnya telah disihir dengan teruk oleh musuh nombor 1, yang telah sekian lama diberikan amaran oleh Rasullulah s.a.w.

Siapakah yang dimaksudkan itu?
Sudah tentulah Dajal/The Antichrist dan konco-konconya!






"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."
(Muhammad Bin Abdullah- 9HB. ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRIYAH DI LEMBAH URANAH, BUKIT ARAFAH.)

Bagaimana umat Islam sebenarnya disihir? Pernahkah anda semua melihat lambang bulan sabit dan bintang di sekeliling? Dari mana lambang itu berasal? Dan mengapakah lambang itu dipilih? Siapakah yang memilih lambang itu?

Adakah Rasullulah s.a.w dan sahabat menggunakan lambang tersebut untuk agama Islam? Adakah ada disebutkan di dalam mana hadis atau ayat Al-Quran supaya menggunakan lambang tersebut sebagai lambang agama Islam yang suci ini?
Ohhh, semestinya tidak!

Sabda Rasullulah:
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.


Jadi dari manakah asalnya penggunaan simbol bulan sabit dan bintang ini yang terdapat di mana-mana sekarang, termasuklah bendera-bendera negara dan negeri.
















Sebenarnya simbol ini telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad II ke dalam bendera kerajaan Uthmaniyyah setelah penaklukan Kota Istanbul (Constantinople) pada 1453 Masihi. Lambang Bulan dan Bintang itu adalah lambang bagi Kota Constantinople (Istanbul) yang sebelum itu berada di bawah kekuasaan Empayar Rom sejak sekian lama.

Sebelum dikenali dengan nama Constantinople, kota tersebut terlebih dahulu dikenali sebagai Byzantium. Byzantium diambil sempena nama Raja Byzas (663 SM) dan dijadikan ibu negara untuk Empayar Byzantine sebelum empayar tersebut tewas kepada kerajaan Uthmaniyyah pada 1453 Masihi. Bulan sabit telah dijadikan simbol kota tersebut untuk didedikasikan kepada Dewi Artemis (Hunt God).




Lambang bintang pula ditambah sebagai simbol kota selepas kematian Maharaja Constantine pada 337 Masihi dan nama Byzantium telah ditukar kepada Constantinople sebagai tanda memperingati maharaja Constantine. Lambang itu adalah dari simbol Dewi Ishtar (Star iaitu bintang dalam bahasa Inggeris diambil dari perkataan Ishtar ini). Dewi Ishtar ialah tuhan kesuburan, kasih sayang, peperangan dan seks bagi kaum Babylon purba. Ada juga pendapat mengatakan lambang bintang ini diambil dari Star Of Virgin Mary kerana agama Kristian telah menjadi agama rasmi empayar Rom dengan Persidangan Nicea pertama pada 335 Masihi dan Persidangan Constantinople pada 381 Masihi. Dan sejak dari itu Bulan Sabit dan Bintang telah menjadi lambang rasmi untuk kota tersebut.




Pada zaman Rasullulah dan Khulafa Ar-Rasyidin (632-661 Masihi) tidak pernah ada lambang untuk agama Islam. Al-Quran juga tiada menyebutkan hal tersebut. Rasullulah hanya menggunakan panji-panji perang yang sangat sederhana dan hanya satu warna sahaja samada putih, hijau atau hitam. Tiada lambang bulan dan bintang seperti di kebanyakan negara Islam sekarang.

Adakah simbol ini hanya digunakan untuk agama Islam sahaja? Oh, tidak sama sekali. Ia juga digunakan oleh Freemason!




Ini ialah simbol DeMolay International iaitu salah satu cabang Freemason. Diambil dari Grand master terakhir Khingt Of Templar iaitu Jacques DeMolay.






Di lukisan purba Freemason!






Di Lodge Freemason!






Jata Kerabat Diraja Poland






Jata negara Croatia










Kurang Jelas Lambang tersebut? Saya zoomkan gambar di atas. Bintang di sebelah kiri dan Bulan Sabit di sebelah kanan.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2011 06:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by white_snake at 21-3-2011 18:12

Kita selalu pening memikirkan "Kenapa umat Islam susah nak BERSATU" bukan? Sejak kejatuhan institusi khilafah Uthmaniah, tanah umat Islam berjaya dipecahkan malahan kekal terpisah hampir seabad lamanya!

Acapkali kita melihat dari skop mata zahir, lupakah kita bahawa dunia adalah suatu fatamorgana yang memperdaya? Tidak terfikirkah seorang dari kita bahawa kita sedang DISIHIR oleh Dajjal melalui tenteranya yang melata di bumi? Dengan izin Allah, sang Pemfitnah berjaya dan terus berjaya?

Tiada satu mata pun dikalangan Muslim yang mengetengahkan ehwal ini lantaran apa? Remeh? Tidak membawa Islam kemana-mana? Khurafat? Tahyul?

JANGAN LUPA, JIKA ANDA PERCAYA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA, SEGALA YANG DIBAWA BERSAMANYA SEPERTI SIHIR, MAGIK (SILAP MATA), & TIPU DAYANYA JUA ADALAH NYATA DENGAN IZIN ALLAH.

Lupakah anda sumpah keramat Azazil setelah dia dihalau keluar dari Syurga Allah???

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
Al-Hijr 39-40


Lihatlah di sekeliling kita sekarang di masjid, sejadah dan hiasan bercorak Islam, lambang apa yang digunakan? Seolah-olah diagungkan lambang itu. Jika kita lihat sekarang, di kebanyakan masjid mempunyai lambang ini. Lambang ini sebenarnya adalah dari Yahudi dan Nasrani dalam usaha mereka untuk menyelewengkan akidah umat Islam menyembah Allah yang satu.






Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.
Yusuf 106

Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
Yusuf 108



Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Al-Baqarah 120

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.
Al-Imran 100

Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam).
Al-Baqarah 109

http://zharifalimin.blogspot.com/2010/05/konspirasi-dunia-bulan-sabit-dan.html
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 07:38 PM | Show all posts
Siapakah yang dimaksudkan itu?
Sudah tentulah Dajal/The Antichrist dan konco-konconya!


Perkataan atas tu sensitip .. nasib baik lah hang post kat bod ni cuba hang post kat CI nun habis hang kena ganyang puak skeptik, apapun nice info ana terima dengan hati yg lapang
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 09:23 PM | Show all posts
Erm, jika ini benar, apakah perlu untuk kita menukar segala simbol bulan sabit dan bintang yang ada sekarang? Sebab simbol ini sudah amat sinonim dengan Islam itu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 01:32 AM | Show all posts
hmm...ni just pndgn jer...bulan n bintang pun ciptaan Allah yg indah gak..itu sekadar lambang shj..xkn kita nk sempitkn minda utk ban kn lmbg tu..
katakn la kita just guna bndera wrna hijau..n then dorg pun taruk warna tu dlm gereja dorg..so?kita nk hrm kn warna hijau ker...
hmmm...dorg pnya xplaination bdasarkn dorg pnya kpercayaan..kita pun sama gak..cth: bintg bucu 5 pd flag slgor = rukun islam ada 5
bucu 14 pd jalur gemilang= 14 negeri ......

peace beb..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 02:21 AM | Show all posts
Sebab tu jgn hormat sgt bendera. Dgr lg kebangsaan, bendera dinaikkan, sume berdiri tegak... Dgr azan wat x tau jer....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2011 05:57 AM | Show all posts
jauh sgt pikir...pikir yg positif je x leh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 09:56 AM | Show all posts
kalau bulan purnama tu kira simbol isle ke simbol dajjal ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2011 10:11 AM | Show all posts
bukan setakat lambang bulan dan bintang jer, tapi komputer, tali leher, baju kot, kereta, handphone, radio, tv dan lain2 adalah sihir dari syaitan and the gang...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 10:25 AM | Show all posts
aiyoohhh....skit2 konspirasi..

takder terjejas iman pun hanya kerana ada bulan dan bintang...


minta kerajaan tukar bulan bintang jd huruf t jela....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 10:36 AM | Show all posts
Nabi Isa pun tak pernah ajar umat dia huruf 't' tu lambang agama kristian.....umat dia jer yang memandai cipta lambang tu lepas tengok Nabi Isa kena 't'......

Jadi sama jugaklah dengan Islam.....saya tak rasa simbol ni boleh menyesatkan pun.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 11:15 AM | Show all posts
yup..rsanya rmai yg ckup bijak utk mnilai baik buruk...thnx TT sbb prihatin pasal nih..skadar info jer maybe rmai yg bleh accept
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 11:29 AM | Show all posts
hmm... over analisis ni,
Simbol bulan dan bintang umpama 'trademark' dari budaya arab yg mana datangnya agama Islam. Tidak salah bentuk geometri juga sebagai penanda aras budaya bangsa lain asalkan tidak mensyirikan Allah dgn mengagungkan lagi objek tersebut

contoh1; bentuk kaabah yg bersegi empat tepat, tapi niat sebagai penanda aras orang2 Islam sebagai kiblat, tidak lebih dari itu.

contoh2: bantuan kemanusiaan dapat dikenali dengan simbol bulan sabit dan palang merah, jadi lebih mudah utk mengenali pemberi bantuan itu dari negara islam atau kristian.

Hikmahnya dapat kita mengenal siapa kita dan mereka,
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 11:57 AM | Show all posts
Reply 13# H猷L鰃頧


yup...yg nih aku accept....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 10:18 AM | Show all posts
Ni lebih kurang macam cerita 'Yahudi guna imej Dome Of Rock sebagai 'Masjidil Aqsa' untuk bagi mereka peluang musnahkan Masjidil Aqsa yang sebenar' .....padahal orang Palestin sendiri guna Dome Of Rock (Kubah Emas) sebagai lambang.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 03:45 PM | Show all posts
ai macam2 konspirasi ler sngt....tergugat ke iman tu kalau guna bulan bintang???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2011 03:45 PM | Show all posts
konspirasi logo2 bulan separuh dgn bintang tu ada kaitan tak dgn konspirasi logo bulan penuh petronas?


Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 04:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by kronixzz at 23-3-2011 16:26

org islamla yg buat islam tu jadi susah ! pasal benda remeh temeh pun boleh jadi syirik ! guna lambang bulan dan bintang pon slah ! apasal lemah sngt ke iman orng islam ni sampai boleh tergugat iman pasl benda remeh ni ? takutkan freemason lebih drpd takutkan Allah !   
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 05:43 PM | Show all posts
bulan bintang tu zaman turki uthmaniah. logik teori konspirasinya, seolah2 islam sudah dihijacked oleh freemason dan yahudi sejak zaman khalifah uthmaniyah lagi. kalau macam tu apa dah jadi dengan islam dipelihara sepanjang zaman? kalau benda lambang agama pun dah dihijacked sejak zaman khalifah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 06:08 PM | Show all posts
Panji aka bendera daulah islamiyah patutnya macam di bawah


   My Favourite   KSA flag takyah bintang bulan, Kalimah allah the best

     

selain diatas bwh ni the best ..  



Lagi brutal macam kat bawah ...




so kenapa mesti taruk bintang bulan  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.523096 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list