|
Tangkap layar wanita dicabul lelaki tidak dikenali ketika berada di sebuah pasar raya.
KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung laporan kes cabul terhadap seorang wanita di sebuah pasar raya sekitar Selayang, di sini, 4 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kes itu membabitkan wanita tempatan berusia lingkungan 30-an.
“Kita sedang menyiasat kes cabul terhadap wanita berkenaan yang dipercayai berlaku di sebuah premis di Selayang.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” ujarnya kepada pemberita hari ini.
Semalam, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian cabul itu tular di Facebook.
Difahamkan, mangsa mengalami trauma akibat kejadian ini. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... asar-raya-selayang/ |
|