CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5035|Reply: 1

[Perak] Dera anak angkat, suami isteri direman enam hari

[Copy link]
Post time 11-6-2024 03:53 PM | Show all posts |Read mode

Suspek berusia 66 tahun dan isteri, 27, direman selama enam hari. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Pasangan suami isteri yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun disyaki didera direman selama enam hari.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret S. Punitha dalam prosiding di Mahkamah Majistret Ipoh di sini selepas menerima permohonan pihak polis hari ini.

Suspek berusia 66 tahun dan isteri, 27, itu direman bermula hari ini sehingga Ahad depan.

Prosiding reman ke atas kedua-dua suspek itu dibuat bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat.

Terdahulu media melaporkan, pasangan suami isteri itu ditangkap di kediaman mereka di Taman Malcop, Silibin di sini berikutan kematian anak angkat mereka yang ditemukan dengan kesan lebam di badan.

Selain lebam di seluruh badan disyaki dipukul objek tumpul, pemeriksaan juga mendapati terdapat luka koyak dan lebam pada peranakan luar dan dubur mangsa.

Hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati punca kematian disebabkan pelbagai kecederaan akibat objek tumpul. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... -direman-enam-hari/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2024 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
byk kes dera sekarang ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.033940 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list