Setanding dengan M.Nasir dan Ramli Sarip, tapi begitu merendah diri.
Zul Adnan Mohd Razali atau lebih dikenali sebagai JS Kevin atau juga Masterpiece, ZN Kevin, Nasha Kevin, Zul Kevin, Joe Kevin dan An Kevin merupakan seorang penulis lirik dan penggubah lagu rock yang terkenal suatu masa dahulu. Komposer yang banyak menyumbangkan di dalam menulis lagu dan lirik untuk kumpulan rock tempatan sekitar ‘80-an dan ‘90-an.
Life Records Sdn Bhd, dengan kerjasama komposer Haron BPR, kini mengeluarkan sebuah album khas bagi memperingati perjuangan beliau. Dengan judul Tangisan Di Gelanggang Fana- A Tribute To JS Kevin, lagu yang pernah dipopularkan oleh sebuah kumpulan Mentor pada awal tahun 1990an dahulu ditujukan kepada komposer tersebut. Tangisan Di Gelanggang Fana, ciptaan Haron BPR dan Abdullah Romany, didendangkan semula oleh Shamrin (Fotograf), Mus (May) Ucop (Baji) , Faizul MI2 dan Asheeed (Def Gab C).
Lagu Tangisan Di Gelanggang Fana dipilih kerana liriknya yang berunsurkan kesedihan bagi menyampaikan perasaan hiba keatas kehilangannya. Album yang memuatkan sepuluh lagu itu mengambil masa kira-kira setahun setengah untuk disiapkan kerana hanya enam daripada 16 lagu yang ada merupakan kepunyaan Life Records. Dan selebihnya ia terpaksa dipinta daripada orang perseorangan yang sudi megembalikan hasil karya arwah JS Kevin yang masih belum dirakamkan lagi.
Asheed (Def Gab C), Ucop (Baji), Faizul MI2, Shamrin (Fotograf) dan Ali (XPDC) turut hadir semasa pra dendang dengan album Tangisan Di Gelanggan Fana- A Tribute To JS Kevin. Ujar Haron, hasil royalti daripada penjualan album ini akan turut diberikan kepada keluarga komposer yang berasal dari negeri Perak itu. Ini adalah sebagai membantu mereka serta membalas jasa arwah yang lama berkecimpung dalam industri muzik ini.
Terdapat ramai penyanyi rock yang terbabit dengan penghasilan rakaman album tribute tersebut antaranya Andy (Flop Poppy), Mus (May), Shamrin (Fotograf), Ucop (Baji), Ali (XPDC) dan pendatang baru, Faizul Malaysian Idol 2. Malah, kebanyakan di antara mereka turut mempunyai kenangan-kenangan indah bersama lagenda industri penulisan lagu rock tersebut. "Saya menyanyikan lagu Datang dan Pulang yang saya rasakan serasi dengan jiwa saya" Ali (XPDC). Manakala untuk penyanyi utama kumpulan Def Gab C pula, Asheed merasakan bahawa penghormatan itu bertepatan dengan waktunya, apatah lagi, JS Kevinlah insan yang bertanggungjawab memberikan nama Def Gab C kepada mereka.
Bagi bekas vokalis Baji yang lama menghilangkan diri, Ucop kagum dengan kebolehan JS Kevin menghasilkan karya muziknya. "Saya masih ingat sewaktu kami di studio pada tahun 1999. Kami sedang mencari idea untuk menghasilkan lagu. "Arwah keluar dari studio dan menyedari bahawa cuaca malam tersebut hujan lebat. Shamrin terkenang kerjasama bersama arwah JS Kevin di Pangkor "Lantas, arwah tercetus idea untuk menghasilkan sebuah lagu berjudul 'Halalintar' untuk bekas kumpulan saya, Say -Q," ujar Ucop lagi. Manakala, vokalis Fotograf pula, pengalaman bekerjasama dengan arwah tidak akan dilupakan. "Walaupun kami jarang bekerjasama, tetapi hasil didikan serta karyanya membantu kumpulan saya. "Saya teringat pertama kali dia berkerjasama dengan Fotograf menerusi lagu Bahtera Kenangan di Pangkor," ujar Shamrin yang turut gembira bahawa royalti bakal diberikan kepda keluarga JS Kevin nanti.
C - Cintaku yang satu
I - Impian kan nyata
N - Nikmat yang berbeda
T - Tanpa pengertian
A - Antara kau aku
C - Cuba kau pejamkan mata mu yang ayu
Ingin ku nyatakan ke dalam hati mu
Noktah cinta kita sampainya di sini
T - Takkan musnah impian yang ku harapkan
Aku mengerti siapa diri ini
Kekayaan tiada dalam diri
Entah mengapa, jadi begini
Nasib demikian rupa
Angkara dunia
Namun langkahku tak akan berhenti di sini
Gerhana itu mengubat hatiku
Aku tersentuh dalam, janji mu dulu
Nyata kau membisu
Sehingga pudar telah
Ingatan ini
Lalu ku menyepi
Apakah ini semua sudah biasa
Mainan hidupmu?
CINTA KENANGAN SILAM
Ni salah satu lagu ciptaan arwah...
Kalau korang perasan, lirik lagu dia, diambil dari setiap huruf tajuk lagu
wahhhh!!! hebat tul XPDC dpt sentuhan Mat Saleh..... skali melayu daaa....
ingat dulu.... JS Kevin nie ada ramai adik bradik yg berkebolehan dlm mengubah l;agu.. (merujuk kepada nama KEVIN tuh...)----> skali, orang yg sama daa....
jgn salahkan aku... sbb info masa tu cukup terhad... internet pun lom ada lagi kat Mesia nie...