CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7286|Reply: 0

[Sabah] Siswa siswi penentu masa depan negar

[Copy link]
Post time 17-9-2024 01:44 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Ewon (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama siswa dan siswi pada majlis itu

PENAMPANG: Masa depan negara bergantung sejauh mana golongan mahasiswa dan siswi menerima kemajmukan rakyat sebagai kekuatan.

Menteri Pembangunan Ushawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, ini kerana negara majmuk memerlukan rakyat saling hormat menghormati dan bertoleransi diantara satu sama lain bagi mengukuhkan hubungan antara kaum.

Sehubungan itu katanya, Program Misi Sukarelawan Siswa amat penting bagi membolehkan siswa siswi dari seluruh negara memahami, mempelajari dan menghormati adat resam, budaya, bangsa dan agama masyarakat lain di negara ini.

“Ini signifikannya program ini, di mana anak-anak muda dalam kalangan mahasiswa dari seluruh negara datang ke kampung terpilih mempelajari warisan budaya, bahasa, adat resam dan agama bagi membentuk masyarakat yang bertoleransi untuk membina negara yang lebih baik pada masa hadapan.

“Saya percaya golongan siswa dan siswi yang menyertai program ini akan menjadi ejen perpaduan, integrasi, diplomasi dan toleransi negara ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Penutupan Misi Sukarelawan Siswa Yayasan Sukarelawan Siswi (YSS) Ke Sabah 2024, di Dewan Kampung Moyog, di sini, semalam.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, golongan siswa siswa adalah pelapis kepimpinan negara harus mempunyai toleransi yang tinggi agar perpaduan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini terus kukuh.

“Harapan kita terletak kepada anak-anak muda. Jika hari ini masih ada kekurangannya, maka mereka harus melengkapkan apa yang telah dilaksanakan oleh pemimpin pada hari ini,” katanya.
  
Beliau yakin misi program ini telah mencapai matlamat bukan hanya meningkatkan semangat kesukarelawanan dan bermasyarakat tetapi memupuk semangat integrasi nasional dalam kalangan siswa siswi dengan rakyat di Sabah dan Sarawak dan siswa siswa daripada Sabah ke Semenanjung.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian menzahirkan penghargaan kepada YSS dan siswa-siswi yang mengambil bahagian dalam misi di DUN Kadamaian dan Parlimen Penampang.

“Ini merupakan komitmen besar saya kepada kedua-dua kawasan yang saya wakili untuk membawa masuk perkhidmatan kerajaan menerusi pelbagai kementerian dan agensi.

“Misi ini bukan hanya penting untuk membina semangat kesukarelawanan dan memupuk semangat bermasyarakat dalam kalangan siswa siswi, tetapi lebih penting mereka boleh mengenali kebudayaan dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia seterusnya membina semangat saling menghormati dan bertoleransi.

“Kita akan menyambut ulang tahun penubuhan negara Malaysia yang ke-61 tahun ini, maka penting anak-anak muda di kampus-kampus pengajian menginsafi, menghormati dan bertoleransi dengan kemajmukan rakyat.

“Masa depan negara ini banyak bergantung kepada sejauh mana anak-anak muda menerima kepelbagaian dan kemajmukan ini sebagai kekuatan,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.586974 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list