CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14720|Reply: 0

[Sarawak] Tiada kolaboratif saringan kesihatan dengan pihak swasta di Bintulu baru-baru ini

[Copy link]
Post time 28-9-2024 12:07 PM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mengadakan sebarang kolaboratif dengan pihak swasta yang menjalankan aktiviti berbentuk saringan kesihatan di sebuah hotel di Bintulu baru-baru ini.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak dalam kenyataan medianya berkata, ini berikutan penggunaan logo KKM pada gegantung yang dipamerkan oleh pihak swasta berkenaan di premis hotel yang menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang awam.

"JKN Sarawak ingin menegaskan bahawa bagi sebarang program saringan kesihatan sama ada melibatkan pihak swasta atau kolaboratif antara pihak swasta dengan kerajaan, permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kesihatan Negeri untuk kelulusan," jelas kenyataan itu di sini pada Selasa.

Katanya, perkhidmatan Enhanced External Counterpulsation (EECP) oleh pihak swasta hanya boleh dijalankan di Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta yang berlesen di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) sebagai Pusat Jagaan Ambulatori Swasta.


Jelasnya, prosedur ini memerlukan pemerhatian ke atas pesakit dan perlu dilakukan oleh kakitangan yang mempunyai kelayakan sebagai pakar kardiologi atau pakar perubatan dalaman.

Oleh itu katanya, orang awam dinasihatkan supaya berhati-hati terhadap tawaran perkhidmatan ini oleh mana-mana pihak tidak dikenali melalui panggilan telefon, pesanan ringkas, aplikasi WhatsApp atau iklan media sosial sekiranya ingin mendapatkan perkhidmatan perubatan di fasiliti-fasiliti swasta berlesen di bawah KKM dan pengamal perubatan yang berkelayakan.

Katanya, orang awam boleh melaporkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sekiranya terdapat sebarang aktiviti yang mencurigakan.

Tegasnya, JKN Sarawak akan terus memantau dan memastikan bahawa semua aktiviti berkaitan kesihatan mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.107972 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list