CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12910|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak bekerjasama dengan Kerajaan Belanda majukan industri makanan menerusi MFC Opar: Abang Johari

[Copy link]
Post time 5-12-2024 04:41 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari (dua kiri) melihat tanaman yang dipamerkan di tapak MFC Opar. - Gambar Roystein Emmor

LUNDU: Sarawak akan bekerjasama dengan Kerajaan Belanda untuk memodenkan industri makanan di negeri ini menerusi projek Kluster Makanan Metropolitan (MFC) Opar, di sini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, di bawah projek perintis itu, Kerajaan Sarawak akan melabur RM60 juta untuk membina infrastruktur termasuk bekalan air dan elektrik.

Manakala pihak swasta katanya, akan melabur RM20 juta dari segi bahan-bahan dan teknologi yang akan digunakan bagi membangunkan projek itu.

"Projek ini adalah satu projek yang agak berlainan dalam sektor pertanian, khususnya industri makanan di mana dengan kerjasama Kerajaan Belanda, kita berkongsi membangunkan hasil makanan melalui penggunaan teknologi terkini.

"Kita tahu bahawa Belanda adalah negara pengeluaran terbesar di Eropah dalam sektor makanan dan di sini kita bangunkan apa disebut sebagai Kluster Makanan Metropolitan.

"Ia merangkumi pertama hasil bahan makanan, keduanya adalah ternakan dan kita telah memilih Opar, merangkumi kawasan lebih kurang 80 hektar," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Projek MFC Opar di Kampung Stungkor Baru di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, sebagai permulaan seluas 10 hektar akan dibangunkan dahulu dengan rumah hijau yang akan mengambil masa 18 bulan dan antara tanaman yang akan diusahakan ialah sayur-sayuran bernilai tinggi termasuk salad dan tomato.

Jika projek itu berjaya kata Abang Johari, pekebun kecil dapat menjual hasil tanaman mereka di pasaran luar daripada Malaysia, termasuk Singapura.

"Perkara kedua yang agak penting di sini ialah teknologi ini akan diuruskan di Sarawak dan juga diuruskan di negara Belanda.

"Dan apa yang berlaku di sini akan dipantau juga di negara Belanda dan kalau ada kelemahan yang timbul, ia dapat diselesaikan melalui kerjasama pintar antara pihak Belanda dan pihak kita," jelasnya.

Abang Johari juga berkata, kerajaan akan mengenal pasti satu lagi kawasan untuk membangunkan projek yang sama di Bebuling, Spaoh di Betong.

"Kalau berjaya kita akan bangunkan juga di kawasan Bebuling dan di sana kita bangunkan lapangan terbang kecil untuk pasarkan ke luar negara.

"Ini dapat memberikan sedikit sumbangan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (GDP) kita dan juga sektor pertanian kita adalah sektor yang canggih menggunakan teknologi," katanya.

Turut hadir Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Duta Besar Belanda ke Malaysia Jacques Werner.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.037329 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list