CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13340|Reply: 0

[Sarawak] IPTA di Miri akan turut manfaatkan pelajar dari Limbang, Lawas, Baram dan Sibuti

[Copy link]
Post time 5-12-2024 04:43 PM | Show all posts |Read mode


Chiew ketika membahaskan tentang keperluan mewujudkan IPTA di Miri di Dewan Rakyat semalam.

MIRI: Sekiranya kerajaan dapat mewujudkan sebuah kampus institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) di Miri, ia bukan sahaja memanfaatkan warga Miri tetapi juga penduduk di kawasan Limbang, Lawas, Baram, dan Sibuti.

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man berkata, dengan adanya sebuah kampus IPTA di Miri, ia dapat membuka pintu pendidikan kepada ribuan pelajar di utara Sarawak yang selama ini terpaksa berhijrah ke bandar lain dengan kos tinggi.

“Oleh itu, saya memohon agar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempertimbangkan wujudkan kampus IPTA di Miri.

"Ia memberi manfaat dari segi pelaksanaan dan dapat mengurangkan implikasi kewangan, ” jelas beliau ketika Perbahasan Belanjawan: KPT di Dewan Rakyat semalam.

Chiew mencadangkan agar KPT membina kerjasama strategik antara IPTA dan institusi swasta yang sudah sedia ada di Miri.

"Dengan memanfaatkan infrastruktur dan tenaga pengajar yang ada, kita boleh membina asas kepada pembukaan kampus IPTA di Miri dengan kos yang lebih rendah.

"Miri juga berpotensi untuk menarik pelajar antarabangsa dari negara jiran seperti Indonesia, China, dan India.

"Dengan strategi ini, bukan sahaja pendidikan tinggi diperkukuhkan, implikasi kewangan untuk adakan IPTA di Miri juga dapat dikurangkan," tambah Chiew.
Selain IPTA, Chiew  juga ingin mengetengahkan keperluan mendirikan sebuah politeknik di Miri.

Beliau memberitahu, buat masa sekarang Sarawak memiliki tiga politeknik utama iaitu Politeknik Kuching, Politeknik Mukah dan Politeknik METrO Betong.

Namun tegasnya penduduk di utara Sarawak masih belum mendapat akses yang setara kepada pendidikan TVET.

“Miri telahpun memiliki Kolej Komuniti yang berjaya dan berprestasi tinggi.

"Dengan menaik taraf Kolej Komuniti ini menjadi Politeknik, kita dapat menyediakan lebih banyak peluang pendidikan TVET kepada anak-anak muda, terutamanya mereka yang berminat dalam bidang teknikal dan vokasional,” jelasnya.

Menurut Chiew, langkah tersebut bukan sahaja akan menambahbaik peluang pendidikan tetapi juga memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi tempatan melalui tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Mengulas lanjut, Chiew memberitahu terdapat 35,885 pelajar lepasan SPM di Sarawak pada 2023.

Mengikut anggaran dari segi ratio bilangan penduduk, terdapat hampir 10,000 pelajar lepasan SPM di kawasan utara Sarawak dari Lawas hingga ke Bintulu.

"Daripada jumlah ini, sesungguhnya, terdapat keperluan untuk kita sediakan peluang pendidikan tinggi kepada penduduk di kawasan sini, sama ada melalui aliran akademik di IPTA atau ke aliran TVET di politeknik," jelasnya lagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.064662 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list