CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29808|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak menandatangani dua projek kerjasama baharu dengan ITTO

[Copy link]
Post time 5-12-2024 04:49 PM | Show all posts |Read mode


Len Talif (barisan belakang, tengah) menyaksikan Hamden (kiri) dan Satkuru bertukar dokumen MoU semasa Mesyuarat Majlis Kayu Tropika Antarabangsa Ke-60 di Yokohama, Jepun.

KUCHING: Kerajaan Sarawak menandatangani dua projek kerjasama baharu dengan Pertubuhan Kayu Tropika Antarabangsa (ITTO) untuk terus menyokong usaha pemuliharaan hutan dan pembangunan komuniti.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata dua projek itu adalah Pengurusan Kawasan Pemuliharaan Sungai Menyang, Lubok Antu bagi Perlindungan Orang Utan dan Peningkatan Kehidupan Komuniti.

Manakala projek kedua, tindakan kritikal untuk Meningkatkan Kehidupan Tempatan: Pemuliharaan dan Pembangunan Berasaskan Komuniti di Hulu Baram, tambahnya.

"Skop kedua-dua projek ini akan diperluaskan untuk merangkumi aktiviti sosioekonomi melalui projek agroperhutanan seperti penanaman gaharu, pertanian pintar dan lain-lain.

“Ini akan memberi manfaat langsung kepada komuniti tempatan, meningkatkan pendapatan mereka dan memperbaiki taraf kehidupan mereka,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Majlis menandatangani perjanjian tersebut diadakan semasa Mesyuarat Majlis Kayu Tropika Antarabangsa Ke-60 di Yokohama, Jepun pada Isnin.

Perjanjian itu ditandatangani Pengarah Perhutanan Sarawak Datu Hamden Mohammad yang mewakili Kerajaan Sarawak dan Pengarah Eksekutif ITTO  Sheam Satkuru.

Sehubungan itu, Hamden mengucapkan penghargaan kepada ITTO atas kerjasama erat yang terjalin sekian lama dengan Sarawak.

“Sejak misi pertama ITTO pada tahun 1990, organisasi tersebut telah menyokong Sarawak dengan pembiayaan lebih daripada 20 projek, menyumbang sejumlah AS$ 16 juta bagi pengurusan hutan, pemuliharaan, pemulihan landskap hutan dan pembangunan komuniti,” katanya.

Menurut Hamden projek-projek itu dijangka membawa manfaat besar kepada komuniti tempatan di dua kawasan projek ini.

Matlamat utama kedua-dua projek ini adalah untuk meningkatkan taraf hidup komuniti tempatan melalui pembangunan pelancongan berasaskan komuniti, peningkatan infrastruktur dan inisiatif pembinaan kapasiti, tambahnya.

Katanya lagi, projek Sungai Menyang akan memberi tumpuan kepada menangani konflik antara manusia dan hidupan liar, khususnya orang utan manakala projek Hulu Baram akan menekankan usaha pemuliharaan berasaskan komuniti.

Kedua-dua projek ini jelasnya bertujuan memperkasakan komuniti tempatan sebagai penjaga alam sekitar semula jadi, memastikan pengurusan hutan secara lestari dan perlindungan hidupan liar untuk generasi akan datang.

“Dua projek baharu ini merupakan langkah penting dalam komitmen Sarawak terhadap pembangunan mampan dan pengurusan alam sekitar, memberikan hasil positif kepada komuniti tempatan serta ekosistem hutan tempat mereka bergantung,” kata Hamden lagi.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan) Kementerian Perladangan dan Komoditi Datuk Abdul Hadi Omar.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.035806 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list