CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36897|Reply: 0

[Sarawak] Hotel Century Kuching dibangun semula menjadi hotel voco pertama di Malaysia

[Copy link]
Post time 5-12-2024 04:58 PM | Show all posts |Read mode


(Dari kiri) Pembantu Pengarah Urusan Elica Sdn Bhd Pauleni Tsai, Ting, Finn dan Pengurus Kanan Asia Tenggara & Korea, IHG Hotels & Resorts (Pembangunan) Emma Yap ketika mengumumkan pembukaan voco Kuching semalam.

KUCHING: Bangunan yang pernah menempatkan Hotel Century Kuching atau sebelum ini dikenali Four Points by Sheraton Kuching bakal diambil alih IGH Hotel & Resorts (IHG), dibangunkan sebagai hotel voco pertama di Malaysia.

IHG akan mengambil alih dan mengubah bangunan hotel itu menjadi voco Kuching, hotel premium pertama jenama ini di bandar raya ini dan Malaysia amnya dengan menawarkan 321 bilik.

Ketika mengumumkan pengambilalihan itu Naib Presiden IHG Hotels and Resorts Asia Tenggara & Korea (Pembangunan) Patrick Finn dalam satu kenyataan akhbar semalam, berkata menerusi kerjasama dengan Elica Equity Sdn Bhd, voco Kuching akan dibuka pada 2026 sebagai sebahagian daripada pembangunan kegunaan bercampur 12 tingkat.

"Ini akan menjadi hotel pertama IHG di Sarawak dan menandakan kepulangannya ke Kuching selepas 16 tahun. Kami tidak sabar untuk memperkenalkan hotel voco di Kuching.

"Peluang bekerjasama dengan Dato Bobby (Ting) dan pasukan Elica untuk membawa hotel voco pertama ke Malaysia, suatu yang harus diraikan.  

“Saya yakin voco Kuching akan menjadi hartanah fantastik buat Elica dan IHG di Malaysia dan juga blok bangunan dalam ekonomi Kuching serta Sarawak," katanya.

Finn menambah, ia juga masa mengujakan bagi IHG di Malaysia kerana syarikat itu kini berada di landasan tepat kerana menghampiri impian menggandakan hartanahnya dalam beberapa tahun akan datang menerusi rangkaian hotel hebat, merangkumi hotel voco sulung dan jenama mewah serta gaya hidup Regent dan Kimpton.

"Bersama Elica Equity Sdn Bdn, kami komited untuk membawa pengalaman menarik dan membangkitkan semangat hotel voco ke pasaran serta menarik lebih ramai pengunjung ke destinasi indah ini di Asia Tenggara," katanya.

Sementara itu, Pengarah Elica Equity Datuk Bobby Ting berkata syarikat itu sentiasa didorong oleh semangat perintis, menolak sempadan inovasi dalam pembangunan hartanah.

"Kami amat berbangga kerana dapat membawa hotel voco pertama ke Malaysia, di sini di Kuching.

"Kami berharap agar hotel ini bukan sahaja memenuhi visi bersama kami tetapi juga menetapkan piawaian baharu, memberi inspirasi kepada hartanah voco masa depan di seluruh Malaysia," kata Ting.

Ujar Ting lagi: "Perkongsian ini telah menjadi impian, sejajar dengan cita-cita kami bersama untuk memberi nafas baharu kepada hartanah ini."

voco Kuching akan menyertai hotel-hotel voco, iaitu jenama premium IHG paling pesat berkembang yang direka untuk menonjol dengan pengalaman menginap di hotel yang secara konsisten dan tersendiri.

Ia bakal menyertai rangkaian 80 hotel voco seluruh dunia dan merupakan penambahan kepada 77 hartanah sedia ada yang telah dibuka, kata kenyataan itu.

voco Kuching akan menyediakan kemudahan merangkumi kolam renang, tempat makan dan kafe yang dibuka sepanjang hari, ruang istirehat, pusat kecergasan, ruang mesyuarat dengan keluasan lebih 2,400 meter persegi, termasuk dewan acara berkapasiti 1,300 orang dan pelbagai pilihan bilik acara.

IHG mempunyai 10 hotel di Malaysia merentasi lima jenama – InterContinental, Crowne Plaza, Hotel Indigo, Holiday Inn dan Holiday Inn Express.

Selain hotel voco, IHG juga akan memperkenalkan jenama Regent dan Kimptonnya tidak lama lagi di negara ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.039746 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list