CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39311|Reply: 0

[Sarawak] Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Sarawak diiktiraf badan akreditasi ternama

[Copy link]
Post time 5-12-2024 05:04 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Wahab menyampaikan skrol kepada salah seorang graduan semasa majlis hari ini. - Gambar Chimon Upon

KOTA SAMARAHAN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak terus mencipta nama apabila Fakulti Pengurusan dan Perniagaannya berjaya memperoleh pengiktirafan daripada badan akreditasi ternama seperti Premier Digital Tech Institution, Finance Accreditation Agency dan The Chartered Institute of Marketing.

Pro Canselor UiTM Cawangan Sarawak Datuk Abdul Wahab Aziz berkata pencapaian tersebut mencerminkan bahawa bidang pengajian di fakulti tersebut kekal relevan sebagai penyumbang dan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi sejagat.

“Alhamdulillah, pencapaian ini turut disokong oleh indeks kebolehpasaran graduan yang mencatatkan hampir 90 peratus. Syabas diucapkan,” katanya pada majlis yang berlangsung di Dewan Jubli UiTM Cawangan Sarawak di sini, hari ini.


Abdul Wahab (tengah) menyantuni para graduan yang diraikan pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-100, UiTM Cawangan Sarawak di Dewan Jubli di sini, hari ini. - Gambar Chimon Upon

Beliau turut mengimbau sejarah perkembangan UiTM sejak penubuhannya pada 1956, yang memartabatkan pembangunan Bumiputera, sehingga kini menjadi universiti utama dalam melahirkan graduan profesional yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Menurutnya, UiTM Cawangan Sarawak bukan hanya menumpukan kepada pencapaian akademik tetapi juga memperkasakan sistem pendidikan melalui kerjasama dan kolaboratif bersama pihak industri dalam dan luar negara.

“Contohnya, program seperti Embracing Cultural Diversity: Virtual Inbound Outbound Mobility Programme yang dijalankan antara kampus Mukah dengan Rajabhat University, Thailand, memberikan peluang kepada graduan untuk meningkatkan pengalaman dan keterampilan mereka dalam suasana global,” katanya.


Kemeriahan Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-100 di Dewan Jubli, UiTM Cawangan Sarawak, hari ini. - Gambar Chimon Upon

Dalam pada itu, Abdul Wahab memaklumkan bahawa seramai 1,235 graduan diraikan pada Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-100, UiTM Cawangan Sarawak yang berlangsung selama empat sidang pada 4 dan 5 Disember ini.

Pada sidang pertama ini katanya, sejumlah 297 graduan daripada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan menerima penganugerahan ijazah sarjana muda dan diploma.

Ini diikuti 328 orang graduan pada sidang kedua dan masing-masing 307 orang graduan dan 303 orang graduan pada sidang ketiga dan keempat.



Turut menamatkan pengajian dalam Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat ialah Annie Arun, anak kepada Penolong Koreografer Dayak Cultural Foundation, Arun Huvat (dua kanan). Di sebelah kanan ialah isteri Arun iaitu Priscella Rekan dan suami Annie, Mohammad Rasydanial. - Gambar Chimon Upon

Selain itu, istiadat konvokesyen kali ini turut menyaksikan seramai 111 orang graduan menjadi penerima Anugerah Naib Canselor (ANC) dengan 25 orang graduan menerima semasa Sidang 1 diikuti 33 orang graduan (Sidang 2) sementara 24 orang graduan lagi (Sidang 3) dan 29 orang graduan akan menerima pada Sidang 4.

Untuk rekod, penganjuran konvokesyen kali ini merupakan kesinambungan daripada Istiadat Konvokesyen Ke-100 yang berlangsung mulai 13 hingga 28 November 2024 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam sebelum diakhiri di Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah pada 11 dan 12 Disember ini.

Konvoksyen kali ini begitu bermakna kerana turut dianjurkan sempena sambutan jubli perak iaitu ulang tahun ke-25 UiTM sebagai sebuah universiti.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.360266 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list