CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41729|Reply: 0

[Sarawak] Pendidikan pelaburan terbaik untuk anak-anak

[Copy link]
Post time 5-12-2024 05:07 PM | Show all posts |Read mode
Ibu bapa perlu berani, labur dalam pendidikan dengan memanfaat peluang disedia termasuk PTPTN



Chiew meenyampaikan hadiah kepada kanak-kanak yang memenangi peraduan sempena karnival tersebut di Miri hujung minggu lalu.

MIRI: Ibu bapa perlu lebih berani dan digalak untuk melabur dalam pendidikan anak-anak dengan memanfaatkan peluang-peluang yang disediakan termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).  

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man menyeru ibu bapa di sini untuk memanfaatkan peluang disediakan kerana pendidikan adalah pelaburan terbaik boleh diberikan kepada anak-anak.

"Dengan perancangan kewangan yang bijak, kita dapat memastikan anak-anak kita mempunyai peluang cerah untuk melanjutkan pelajaran tanpa halangan kewangan.

"Pendidikan adalah hadiah terbaik yang dapat diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka.

“Ia bukan sahaja membentuk masa depan mereka tetapi juga menjadi asas kepada kehidupan yang berjaya," katanya.

Chiew memberitahu demikian semasa berucap merasmikan Karnival Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Negeri Sarawak 2024 yang dianjurkan oleh PTPTN Miri.

Katanya, karnival seperti ini adalah bukti komitmen kerajaan untuk terus memberi perhatian terhadap kebajikan dan pembangunan kanak-kanak, merupakan aset paling berharga untuk masa depan negara.

"Saya juga percaya pendidikan adalah hak setiap kanak-kanak dan aset penting untuk membentuk masa depan yang cemerlang.

“Masa depan anak-anak kita bermula dari sini. Pendidikan adalah pelaburan terbaik untuk masa depan mereka,” jelasnya.

Katanya, dalam konteks ini program seperti Simpan SSPN Prime oleh PTPTN menjadi satu langkah penting yang membantu ibu bapa merancang kewangan untuk pendidikan anak-anak mereka.

"Melalui Simpan SSPN Prime, terdapat pelbagai manfaat yang boleh dinikmati, antaranya pelepasan cukai sehingga RM8,000 setahun untuk simpanan.

"Keduanya, perlindungan takaful percuma bagi pendeposit dengan simpanan RM1,000 ke atas.

“Dividen kompetitif serta geran sepadan sehingga RM10,000 untuk keluarga yang layak.

“Selain, simpanan dijamin oleh kerajaan dan kelayakan memohon pinjaman pendidikan PTPTN.

"Gunakan peluang ini sebaiknya membina masa depan lebih cerah.

“Saya amat menghargai usaha PTPTN dan semua pihak menjayakan program ini, selaras dengan prinsip Malaysia Madani menekankan kesejahteraan, ihsan dan tanggungjawab bersama.

"Sebagai wakil rakyat, saya komited terus memperjuang agenda pendidikan dan kebajikan kanak-kanak demi memastikan tiada yang tercicir dalam arus pembangunan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.037957 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list