CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34749|Reply: 0

[Negeri Sembilan] MBS tanggal pintu 3 kediaman PPR dihuni penyewa culas

[Copy link]
Post time 17-12-2024 05:05 PM | Show all posts |Read mode

Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menjalankan operasi menanggalkan pintu rumah terhadap penyewa yang culas membayar sewa PPR di bawah kendalian agensi itu. - Foto ihsan MBS

SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menggunakan pendekatan berbeza dengan menanggalkan tiga pintu di kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah kendaliannya yang dihuni penyewa culas.

Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali berkata, tindakan itu diambil terhadap penyewa yang mempunyai tunggakan sewa RM15,000 ke atas.

Tindakan itu diambil susulan operasi tunggakan sewa yang dijalankan di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi atau dikenali PPR Paroi yang turut dibantu anggota Balai Polis Paroi.

Mengulas lanjut, katanya MBS sentiasa memberi peluang dan membantu pelbagai kaedah supaya penyewa yang mempunyai tunggakan dapat menjelaskan bayaran sewa.

Beliau berkata, ini termasuk melaksanakan aku janji antara penyewa yang mempunyai tunggakan melebihi RM15,000 ke atas untuk menjelaskan bayaran tunggakan secara ansuran bermula Januari tahun lalu.

"Namun penyewa masih gagal mematuhi perjanjian itu sehingga MBS mengeluarkan Notis Penamatan Perjanjian melalui surat bertarikh 30 November lalu.

"Susulan itu, MBS mengambil tindakan menanggalkan pintu di tiga rumah terbabit supaya mereka segera menjelaskan tunggakan.

"Bagaimanapun, MBS masih membenarkan penyewa yang mempunyai tunggakan sewa untuk tinggal di rumah berkenaan buat sementara waktu," katanya.

Masri berkata, MBS akan meneruskan operasi secara berkala dan meminta penyewa di rumah PPR Paroi dan PPRT Lobak menjelaskan bayaran sewaan mengikut masa ditetapkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.036217 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list