CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12712|Reply: 0

Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri

[Copy link]
Post time 16-1-2025 07:32 AM | Show all posts |Read mode

Gara-gara bertengkar dengan isteri, seorang lelaki tergamak membakar rumahnya sendiri. - Foto Agensi

SURABAYA - Gara-gara bertengkar dengan isteri, seorang lelaki tergamak membakar rumahnya sendiri.

Kejadian itu berlaku di Kecamatan Kraksaan, Kabupaten Probolinggo di Jawa Timur, Indonesia pada Isnin lalu.

Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.

"Rupa-rupanya ia berpunca daripada masalah rumah tangga," kata jurucakap polis, Iptu Djuwantoro Setyowadi.

Listi bertindak keluar dari rumah selepas pertengkaran mereka semakin tegang dan meminta jirannya menghantar ke rumah rakannya di Perumahan di Kecamatan Pajarakan.

"Kira-kira sejam selepas Listi meninggalkan rumah, dia dimaklumkan tentang rumahnya terbakar. Suaminya melarikan diri selepas melakukan perbuatan itu dan siasatan lanjut mendapati suspek melakukan kekerasan dalam rumah tangga (KDRT)," ujarnya lagi. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.381198 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list