CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8098|Reply: 0

PM Palestin gesa tindakan tamatkan pendudukan Israel

[Copy link]
Post time 16-1-2025 10:23 AM | Show all posts |Read mode

Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa. - Foto fail REUTERS

OSLO (Norway): Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa menegaskan Gaza "memerlukan kerajaan bertanggungjawab yang mampu menyembuhkan luka rakyat Palestin dan menyatukannya semula di bawah satu negara, satu kerajaan, satu undang-undang dan satu sistem."

Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan bahawa Mustafa menyatakan masyarakat antarabangsa mesti mengambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk melaksanakan penyelesaian dua negara, bermula dengan gencatan senjata menyeluruh, menarik balik sekatan ke atas Gaza dan melaksanakan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti Resolusi 2334 (2016) dan Resolusi 2735 (2024).

Dalam ucapannya pada mesyuarat ketiga gabungan antarabangsa untuk menyokong penyelesaian dua negara di Oslo yang mengumpulkan lebih 80 negara dan organisasi antarabangsa, Mustafa menegaskan bahawa "mana-mana entiti selain daripada kepimpinan Palestin yang sah dan Kerajaan Negara Palestin yang mentadbir Gaza adalah tidak boleh diterima."

Beliau dengan tegas menolak sebarang percubaan untuk mewujudkan entiti peralihan atau terus memisahkan Gaza dari Tebing Barat.

Mustafa, yang turut serta dalam perbincangan mengenai pengukuhan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, khususnya dalam keadaan getir di Gaza, menyeru usaha untuk menghidupkan semula rundingan damai dan mengukuhkan sokongan kepada UNRWA.

"Gaza, selepas semua penderitaan ini, memerlukan sebuah kerajaan yang dapat menyembuhkan luka rakyat Palestin. Kita mesti segera bergerak ke arah bantuan, pemulihan awal, pembinaan semula dan keamanan, kerana membiarkan Gaza tanpa kepimpinan bukanlah pilihan," katanya.

Perdana Menteri itu mengulangi kesediaan Negara Palestin untuk memikul tanggungjawabnya di Gaza, seperti yang dilakukan sebelum ini.

"Kami bersedia melaksanakan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2735, menyatukan semula Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis dan Gaza di bawah satu kerajaan," katanya.

Mustafa turut menekankan peranan penting pengiktirafan antarabangsa terhadap Negara Palestin dalam mencapai keamanan yang adil dan berkekalan.

"Pengiktirafan anda terhadap Negara Palestin adalah langkah ke arah mencapai keamanan dan menunjukkan kepentingan penyelesaian dua negara," tambahnya, sambil menekankan keperluan untuk resolusi berdasarkan sempadan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Mengulas mengenai realiti keras pendudukan, Mustafa menegaskan bahawa "kami berada dalam kegelapan sepenuhnya. Realiti rakyat Palestin di bawah pendudukan adalah amat getir, dan komuniti antarabangsa telah gagal memastikan hak asasi asas." Beliau juga menyatakan hukuman kolektif yang berterusan ke atas Gaza, yang telah berada di bawah genosid Israel selama lebih satu setengah tahun.

Perdana Menteri itu menggesa tindakan antarabangsa yang tegas dan perpaduan untuk memajukan penyelesaian dua negara, memerangi pelanggaran Israel, dan memastikan akauntabiliti.

Beliau menekankan kepentingan gabungan antarabangsa untuk penyelesaian dua negara, "High Contracting Parties Conference" dan persidangan damai yang dirancang pada Jun sebagai tonggak saling berkaitan yang boleh membantu merungkai halangan kepada keamanan dan membuka jalan kepada proses politik yang tulen. – BERNAMA-WAFA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 02:22 PM GMT+8 , Processed in 2.102648 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list