CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8208|Reply: 0

PBB suarakan kelegaan gencatan senjata di Gaza

[Copy link]
Post time 16-1-2025 10:26 AM | Show all posts |Read mode

Hak asasi manusia perlu menjadi fokus utama apabila usaha pembinaan semula dapat dilaksanakan di Gaza. - Foto fail AFP

GENEVA: Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk, pada Rabu mengalu-alukan pengumuman mengenai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas, dengan menyatakan ia membawa harapan "kelegaan selepas begitu banyak kesakitan dan penderitaan yang tidak tertanggung."

"Saya sangat lega dengan berita mengenai fasa pertama gencatan senjata di Gaza, dan adalah penting agar ia dapat dipertahankan," kata Turk dalam satu kenyataan.

Beliau menggesa pihak yang terbabit dalam konflik itu serta semua negara yang mempunyai pengaruh untuk melakukan segala yang mampu bagi memastikan kejayaan fasa seterusnya gencatan senjata, termasuk pembebasan semua tebusan dan untuk menamatkan peperangan sepenuhnya.

Turk berkata beliau bersama mereka yang telah menderita kesakitan dan penderitaan yang tidak tertanggung sepanjang 15 bulan lalu dan berharap demi kebaikan semua pihak, tiada sesiapa pun akan melaluinya lagi.

Volker Turk, mengadakan sidang media di Damsyik, Syria pada 15 Januari 2025. - Foto REUTERS
"Keutamaan adalah makanan, air, ubat-ubatan dan perlindungan. Kita tidak mempunyai masa untuk dibazirkan," katanya.

Turk juga menekankan keperluan untuk menekankan akauntabiliti dan keadilan bagi pelanggaran yang dilakukan dalam konflik berkenaan.



"Mereka yang bertanggungjawab atas tindakan kejam pada 7 Oktober, pembunuhan awam yang tidak sah terhadap orang awam di Gaza, dan semua jenayah lain di bawah undang-undang antarabangsa harus diambil tindakan," katanya.

"Hak mangsa untuk mendapatkan pampasan sepenuhnya mesti ditegakkan," katanya.

Beliau berkata hak asasi manusia perlu menjadi fokus utama apabila usaha pembinaan semula dapat dilaksanakan di Gaza.

Turk juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengambil langkah konkrit dalam membantu mencapai keamanan yang berkekalan antara Palestin dan Israel.

"Kehadiran Israel yang terus kekal secara haram di wilayah Palestin yang diduduki mesti dihentikan... dan penyelesaian dua negara yang dipersetujui secara antarabangsa mesti menjadi kenyataan," tegasnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.378608 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list