CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20455|Reply: 0

[Sarawak] Lima suspek diberkas disyaki terlibat kes pecah rumah

[Copy link]
Post time 31-1-2025 03:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 31-1-2025 07:15 AM



Kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke IPD Padawan untuk siasatan lanjut.-Gambar IPD Padawan.

KUCHING: Lima suspek termasuk seorang wanita diberkas, disyaki terlibat kes pecah rumah membabitkan kerugian mencecah RM100,000.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Mohd Irwan Hafiz berkata kesemua suspek ditangkap di beberapa lokasi di sekitar Malihah pada Rabu.

Tambahnya, kejadian pecah rumah tersebut dilaporkan berlaku pada 28 Januari.

“Tangkapan dibuat sekitar jam 12.45 tengah hari sehingga 4.15 petang semalam (29 Januari) dalam empat serbuan berasingan di sekitar kawasan Malihah.

“Kesemua suspek terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita merupakan warga tempatan dan berusia  lingkungan 25 hingga 45 tahun,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.


Mohd Irwan turut sama dalamoperasi menangkap suspek.- Gambar IPD Padawan.


Anggota operasi memeriksa motosikal yang dilarikan suspek semasa kejadian tersebut.- Gambar IPD Padawan.

Tambahnya, pasukan serbuan turut berjaya menemui semula barang-barang kes termasuk sebuah motosikal berkuasa tinggi.

Tangkapan dan rampasan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan untuk tindakan selanjutnya.

“Kesemua suspek ditahan reman tujuh hari untuk siasatan lanjut,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 01:33 PM GMT+8 , Processed in 1.391248 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list