CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17452|Reply: 0

Liverpool ke final singkir Spurs

[Copy link]
Post time 7-2-2025 10:06 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Liverpool, Virgil van Dijk meraikan gol keempat pasukannya bersama Mohamed Salah ketika membenam Tottenham 4-0 pada separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris di Anfield, Liverpool. Liverpool mara ke final dengan agregat 4-1. – Foto REUTERS
LIVERPOOL, England: Penyandang juara Liverpool sekali lagi menempah tiket ke Wembley dan final Piala Liga Inggeris menentang Newcastle United selepas menang 4-0 dan agregat 4-1 ke atas Tottenham Hotspur di Anfield, awal pagi tadi.

Pasukan pilihan itu mendahului untuk mengubah defisit 1-0 aksi separuh akhir pertama berdepan pelawat yang dibelenggu kecederaan, apabila Cody Gakpo merembat masuk kaki kanan pada minit ke-34 susulan hantaran silang Mohamed Salah.

Salah menambah namanya dalam senarai penjaring, menyepak tinggi menerusi sepakan penalti pada minit ke-51 selepas penjaga gol Spurs, Antonin Kinsky menjatuhkan Darwin Nunez, Dominik Szoboszlai menyumbat masuk gol ketiga sebelum Virgil van Dijk melengkapkan kemenangan besar itu dengan tandukan.

Newcastle menyingkirkan musuh tetangga London utara Tottenham, Arsenal 2-0 dan 4-0 secara agregat awal pagi semalam untuk memastikan penampilan final kedua dalam tempoh tiga tahun pada 16 Mac depan.

"Saya fikir stadium banyak membantu. Kami sedar kami perlu bangkit," kata Gakpo kepada Sky Sports.


Pemain Liverpool, Cody Gakpo (kiri) menyumbat masuk gol pertama ketika menentang Tottenham pada separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris di Anfield, Liverpool. – Foto REUTERS


Pemain Liverpool, Mohamed Salah menewaskan penjaga gol Tottenham, Antonin Kinsky menerusi sepakan penalti pada separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris di Anfield, Liverpool. – Foto REUTERS

"Kami keluar ke sana dan cuba mencipta peluang sebanyak mungkin. Dengan kualiti yang kami miliki, kami tahu kami akan dapat peluang. Ia satu kemenangan hebat."

Perlawanan akhir adalah yang ke-15 buat Liverpool dalam Piala Liga tetapi yang pertama dalam kancah bola sepak Inggeris buat pengendali dari Belanda, Arne Slot, yang menggantikan Jurgen Klopp hujung musim lalu.

Ia juga membolehkan pemenang rekod 10 kali Piala Liga, Liverpool bersaing merebut empat trofi musim ini.

Mereka mendahului enam mata di depan Arsenal di puncak Liga Perdana Inggeris, dengan beraksi kurang satu perlawanan, mengetuai carta ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara dan masih bersaing dalam Piala FA.

Kekalahan amat memeritkan buat bos Tottenham, Ange Postecoglou, yang memegang rekod menang sesuatu dalam musim keduanya di mana-mana kelab sebelum ini tetapi kini hanya mempunyai Liga Europa dan Piala FA untuk disasarkan.


Pemain Liverpool, Dominik Szoboszlai (dua dari kiri) meledak masuk gol ketiga menentang Tottenham pada separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris di Anfield, Liverpool. – Foto REUTERS


Pemain Liverpool, Virgil van Dijk (kiri) menanduk masuk gol keempat berdepan Tottenham pada separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris di Anfield, Liverpool. – Foto REUTERS


Penyerang Richarlison menambah kebimbangan kecederaannya apabila dia dikeluarkan pada masa kecederaan babak pertama, menyaksikan penampilan sulung pemain baharu Mathys Tel.

Ia ternyata penampilan menyukarkan buat pemain pinjaman dari Bayern Munich itu, dengan Tottenham gagal mencatat sebarang percubaan tepat.

"Satu malam sukar. Pujian buat Liverpool, mereka terlalu bagus buat kami malam ini. Kami benar-benar tidak dapat menguasai permainan, dengan atau tanpa bola, hanya membenarkan mereka menguasai sejak awal," kata Postecoglou kepada ITV.

"Kami tidak bermain mengikut kemampuan dan kekuatan kami hari ini. Kami hanya mengelak daripada cabaran.

"Kami tidak memulakan permainan dengan baik, kami terlalu pasif dan membenarkan Liverpool mengawal rentak. Apabila mereka melakukannya, terutama di halaman sendiri, mereka sukar untuk dihalang." – REUTERS


Penyokong Liverpool memegang skaf sambil menyanyi sebelum aksi separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris menentang Tottenham di Anfield, Liverpool. – Foto AFP



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.392586 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list