CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1695|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Mantai puasa beri percuma ayam, telur dan minyak masak

[Copy link]
Post time 28-2-2025 02:24 PM | Show all posts |Read mode


ORANG ramai beratur bagi membeli barang keperluan pada program mantai puasa di perkarangan Kompleks UMNO Jelebu. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap

Jelebu: Orang ramai yang hadir ke program mantai puasa anjuran Pejabat Parlimen Jelebu di sini, dikejutkan dengan pemberian secara percuma beberapa barangan keperluan.

Antara yang diberi percuma adalah 192 ekor ayam, 200 peket minyak masak, 81 papan telur ayam selain 100 set kombo terdiri sepapan telur, sepeket minyak masak dan sebekas rebung.

Malah harga daging, tulang dan organ lembu turut dijual pada harga RM24 sekilogram jauh lebih murah berbanding harga pasaran RM36 sekilogram dengan empat ekor lembu disediakan bagi jualan murah berkenaan.

Orang ramai mula beratur panjang bagi mendapatkan daging dan tulang yang kebiasaan dibuat rendang dan sup menjelang 1 Ramadan.

Sebanyak RM10,651 diperuntukkan oleh Ahli Parlimen Jelebu yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias bagi pemberian percuma berkenaan.

Jalaluddin berkata, program mantai puasa menghimpun ketiga-tiga program jualan iaitu Jualan Rahmah, Jualan Agro Madani dan Jualan Nismilan Prihatin.

Katanya, program mantai puasa bertujuan membolehkan orang ramai membuat persiapan Ramadan dengan membeli barang keperluan pada harga lebih murah iaitu 30 hingga 40 peratus berbanding harga pasaran.

"Pemberian barangan percuma atas dasar berkongsi rezeki khusus buat penduduk di Parlimen Jelebu dan DUN Pertang," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, mantai cukup sinonim dengan masyarakat di negeri itu dan kebiasaan orang ramai akan membeli barang keperluan.

"Justeru itu kita menghimpunkan tiga agensi yang kebiasaan terbabit dalam jualan murah membabitkan Kerajaan Negeri dan Pusat," katanya.

Bagi Asnan Mohd Yusof, 60, jualan dianjurkan menerusi mantai puasa sangat membantu orang ramai.

Menurutnya, dia sanggup beratur bagi membeli daging yang sebelum itu sudah diuar-uarkan dijual pada harga lebih murah di kumpulan WhatsApp dan media sosial lain.

Bagi Khadijah Selamat, 40, pula dia gembira kerana mendapat secara percuma seekor ayam, set kombo dan sepapan telur ayam.

Jualan Rahmah turut diadakan di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui.


Disiarkan pada: Februari 28, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:56 AM GMT+8 , Processed in 1.268927 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list