CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34333|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'The Railman' tarikan unik Terminal Satu Seremban

[Copy link]
Post time 1-3-2025 05:54 PM | Show all posts |Read mode


ARCA The Railman dan The Messenger yang dibina dekat Terminal Satu di lokasi laluan terowong yang menghubungkan terminal itu dengan Stesen Keretapi Seremban. FOTO Ahmad Hasbi

Seremban: Jika berkunjung ke daerah ini atau secara tepatnya di Terminal Satu, di sini, orang ramai akan tertarik pada dua arca keretapi berhampiran laluan terowong pejalan kaki menghubungkan terminal berkenaan dengan Stesen Keretapi Seremban.

Terletak di Jalan Sungai Ujong, kedua-dua arca berkenaan dibina daripada peralatan semboyan keretapi pada tahun lalu sebagai menghargai warisan industri berkenaan.

Malah, difahamkan laluan berkenaan adalah satu-satunya terowong bawah tanah di tengah bandar di Malaysia yang menghubungkan dua lokasi bagi memudahkan pejalan kaki.

Pelajar kolej, Nurdania Syazreena Norhisam, 18, berkata, dia lebih selesa menggunakan laluan berkenaan kerana lebih selamat dan terlindung daripada cuaca di luar.

"Sejak tahun lalu, laluan ini diindahkan dengan arca, lukisan mural bermotifkan Negeri Sembilan selain dihiasi beberapa hiasan daripada peralatan kereta api. Jadi saya rasa lebih selamat.

"Biasanya saya memang akan guna terowong ini kerana sering menggunakan tren laluan dari Kajang, Selangor seterusnya ke Terminal Satu untuk naik bas ke kolej tempat belajar," katanya ketika ditemui.

Peniaga Rossli Kassim, 62 berkata, laluan berkenaan dilihat perlu diisi dengan aktiviti seperti busking atau pameran seni dan jualan barang terpakai bagi memeriahkan kawasan itu.

"Selain arca yang menjadi tarikan, laluan ini juga sering dijadikan lokasi bergambar selepas ia dinaiktaraf. Ada juga pengantin baru yang datang untuk sesi fotografi.

"Ketika ini laluan ini lebih selamat dan bersih. Cuma saya berharap orang ramai tidak melakukan vandalisme terhadap arca dan kemudahan yang ada di sepanjang terowong," katanya.

Sementara itu, Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J Arul Kumar berkata, laluan itu dinaiktaraf melalui khidmat masyarakat Perbadanan Aset Keretapi (RAC), tahun lalu.

"Arca ini diberi nama The Railman dan The Messenger iaitu dua hasil seni awam yang diperbuat daripada peralatan semboyan dalam operasi keretapi untuk meraikan warisan keretapi Malaysia.

"Ia disusun menyerupai bentuk manusia abstrak sebagai tanda penghormatan kepada semua kakitangan kereta api yang berkhidmat dan menyumbangkan kepada pembangunan sektor ini," katanya.

Ujarnya, arca ini diletakkan berhadapan antara satu sama lain di seberang jalan yang dilihat seolah bertegur sapa pada waktu tertentu menerusi pemasangan lampu dan isyarat yang diselaraskan dengan jadual ketibaan keretapi di Stesen Keretapi Seremban.

"Justeru, ia diharap menjadi salah tarikan kepada pengunjung dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam serta menarik pejalan kaki untuk gunakan laluan terowong ini," katanya.


Disiarkan pada: Mac 1, 2025












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.442907 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list