Dalam pada itu, seorang penduduk, Hanita Mat Yassin, 37, berkata mereka terjaga dari tidur selepas dikejutkan dengan bunyi letupan kuat.
Katanya, pada mulanya mereka menyangka ada penduduk bermain mercun namun sebaik menjenguk keluar, dia kilang terletak kira-kira 100 meter dari rumah terbakar.
"Letupan kuat bersilih ganti dan tidak lama kemudian, bomba tiba untuk memadam kebakaran. Api cepat marak dan hanya beberapa minit, sebahagian besar kilang sudah terbakar.
"Api dapat dilihat pada jarak 500 meter dari rumah penduduk dan sekitarnya. Mujurlah sewaktu kejadian kilang ini tidak beroperasi," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Shahrizal Moktar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.20 pagi.
Katanya, seramai 20 anggota dan pegawai dari BBP Muar, Pagoh dan Bukit Gambir dikejarkan ke lokasi bagi membantu memadam kebakaran.
"Ketika ini operasi memadam sisa kebakaran masih giat dijalankan dengan punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.