View: 31594|Reply: 0
|
Barisan Baharu Harimau Malaya Masih Rahsia
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Berbaki tidak sampai sebulan lagi skuad baharu Harimau Malaya akan menghadapi ujian sulung berdepan Nepal pada aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim, 25 Mac ini.
Seluruh peminat bola sepak tanah air sudah pasti tidak sabar untuk melihat taring Harimau Malaya menerusi projek revolusi skuad kebangsaan dan di bawah pengendali baharu, Peter Cklamovski.
Bagaimanapun perancangan Harimau Malaya dan skuad yang akan dibentuk bagi menghadapi perlawanan pertama Kumpulan F itu boleh dianggap masih 'misteri' kerana belum ada pengumuman rasmi dibuat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Kalendar perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bulan ini akan bermula pada 17 hingga 25 Mac dan terdapat kemungkinan Harimau Malaya mengharungi aksi pemanas badan sebelum menentang Nepal.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|