CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6630|Reply: 0

Hafizh enggan campur tangan urusan JDT Racing Team

[Copy link]
Post time 5-3-2025 01:48 PM | Show all posts |Read mode
Hafizh enggan campur tangan urusan JDT Racing Team

Oleh Sukhairi Thani - Mac 4, 2025 @ 2:58pm [email protected]





Hafizh terbuka menerima rakan sepasukan di JDT Racing Team. - FOTO JDT Racing Team




KUALA LUMPUR: JDT Racing Team mempamerkan prestasi positif pada musim pertamanya di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) tahun lalu dan musim ini pastinya pasukan itu mempunyai perancangan lebih rapi bagi memburu gelaran sulung yang diidamkan.

Pasukan hanya mempertaruhkan seorang pelumba Hafizh Syahrin Abdullah pada musim lalu dalam kategori Perdana Asia, ASB1000 dan pelumba berpengalaman berkenaan berjaya menamatkan kempen di kelompok tiga terbaik.

Khabar angin mengenai rakan pasukan Hafizh sering menjadi bualan peminat sukan permotoran dua roda tanah air dan ia terus berlanjutan menjelang kempen 2025 membuka tirainya di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand dari 25 hingga 27 April ini.

Ketika ditanya mengenai perkara ini, Hafizh yang ditemui baru-baru ini bagaimanapun mengakui masih belum mendapat kepastian mengenai perancangan pasukan tahun ini.

"Ramai yang bertanya mengenai musim ini, termasuk siapa rakan sepasukan saya. Saya difahamkan pasukan mahu menurunkan dua pelumba, tetapi saya tidak pasti dengan keputusan akhir mereka.

"Saya hanya mendengar ura-ura mengenai perkara itu, tetapi saya tidak mahu terlalu campur tangan dalam urusan pengurusan pasukan. Saya hanya mahu fokus persiapan sebagai pelumba.

"Jika benar ada rakan sepasukan, saya terbuka untuk menerimanya. Berdasarkan pengalaman saya di WSBK dan MotoGP, memiliki rakan sepasukan memberikan kelebihan dari segi perkongsian data dan strategi.

"Saya juga tidak kisah sama ada rakan sepasukan itu pelumba tempatan atau luar negara. Namun, jika saya bersaing seorang diri, saya tetap bersedia," kata Hafizh yang pada musim lalu menggunakan jentera Ducati Panigale V4R.

"Bagi kategori yang disediakan, model V4R baharu hanya diluluskan pada 2026. Jadi, untuk musim ini, saya masih menggunakan generasi yang sama, tetapi dengan beberapa peralatan baharu seperti casis dan ekzos yang akan disediakan oleh pasukan," katanya.

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/03/1368409/hafizh-enggan-campur-tangan-urusan-jdt-racing-team





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.312493 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list