CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15580|Reply: 0

Lambakan import dalam JDT, Selangor di pentas Asia bawa manfaat buat Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 6-3-2025 05:18 PM | Show all posts |Read mode

KEPUTUSAN Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menghapuskan kuota import buat pasukan yang bertanding menyaksikan hampir kesemua kelab mengambil manfaat penuh daripada kelonggaran itu.

Contoh terbaik dapat disaksikan dalam dua wakil negara iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC menurunkan lambakan pemain luar negara berbanding memberi kepercayaan buat bakat tempatan.

Dalam beberapa aksi kebelakangan ini, skuad Harimau Selatan hanya meletakkan Arif Aiman Hanapi dan Natxo Insa sebagai bakat lokal dalam kesebelasan utama Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite, termasuk ketika mereka seri menentang Buriram United.

Bagi Selangor FC pula, kebanyakan yang diturunkan bagi saingan ACL Two adalah berstatus import kerana kualiti masing-masing jauh meninggalkan pemain tempatan, terutamanya dari segi teknikal.


Pendekatan sedemikian menimbulkan rasa kurang senang daripada peminat bola sepak tempatan yang berasakan keputusan sedemikian akan memberi kesan kurang baik terhadap skuad kebangsaan.

Bagaimanapun, bagi jurulatih berpengalaman, Sulaiman Hussin, hal itu perlu dilihat daripada sudut berbeza kerana kejayaan kelab Liga Super di pentas Asia akan memberi manfaat jangka masa panjang.

"Apabila wakil negara bermain dalam ACL Elite atau ACL Two dan dapat pergi lebih jauh, ia akan menambah lebih banyak pasukan kerana mata ranking negara akan bertambah.

"Jadi, pasukan yang sedang bersaing di pentas Asia pasti akan mencari pemain terbaik ketika beraksi di peringkat tertinggi untuk memberi saingan kerana mereka pasti mempelajari daripada pengalaman lalu," katanya kepada Majoriti.

Musim ini, skuad Gergasi Merah bersaing dalam ACL Two, namun kemaraan mereka terhenti di peringkat kumpulan sementara JDT yang berentap dalam ACL Elite berjaya melakukan kejutan dengan pasukan itu berada di pusingan 16 pasukan terbaik.


Sumbangan kedua-dua pasukan itu, terutamanya daripada skuad Harimau Selatan menyaksikan Malaysia kini berada di tangga ke-10 Asia dengan ia mengesahkan penyertaan kelab Liga Super dalam kejohanan peringkat tertinggi buat tahun-tahun akan datang.

Jika prestasi tersebut dapat dikekalkan, tidak mustahil lebih banyak kelab tempatan dapat beraksi di pentas Asia bagi pertandingan peringkat benua yang pasti memberi kelebihan tersendiri

Tambah Sulaiman lagi, pendedahan pemain lokal dalam kejohanan sedemikian akan membawa impak positif, termasuk meningkatkan prestasi yang kemudiannya akan membantu skuad kebangsaan.

"Apabila mereka bermain dalam perlawanan yang kompetitif di peringkat Asia, secara tidak langsung pengalaman mereka juga bertambah.

"Jadi, apabila dibawa ke dalam pasukan negara, pengalaman diperolehi boleh bantu mereka untuk meningkatkan pretasi dan beraksi cemerlang dalam skuad kebangsaan. Inilah pentingnya pemain-pemain tempatan didedahkan kepada pertandingan-pertandingan berprestij seperti ACL Elite dan ACL Two" katanya lagi. — Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.043724 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list