View: 186|Reply: 0
|
WCT sasar raih kontrak RM2 bilion
[Copy link]
|
|
Syarikat positif menang bida projek mega\rWCT Bhd menyasar meraih kontrak bernilai lebih RM2 bilion lagi menjelang akhir tahun ini dengan sebahagian besar membabitkan projek dalam negara, manakala bakinya di beberapa negara di Asia Barat.\r\n\n\n\n\r Ia adalah tambahan kepada kontrak bernilai RM3.7 bilion yang sudah pun dimilikinya ketika ini.\r\r\n\n\n\n\n Antara projek yang sedang dibida kumpulan pembinaan keempat terbesar di negara ini ialah sambungan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya dan Ampang pakej B sepanjang 18.1 kilometer, projek di bawah inisiatif Greater Kuala Lumpur (Greater KL) dan beberapa lagi projek pembinaan termasuk pejabat kerajaan di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta projek hartanah di Johor.\rDi Asia Barat, ia merangkumi kontrak pembinaan bangunan pentadbiran kerajaan di Doha, Qatar.\rDifahamkan, di bawah Greater KL, beberapa projek seperti Transit Aliran Pantas (MRT) yang bernilai RM36 bilion, pembinaan tujuh lebuh raya bertol bernilai RM19 bilion, pembangunan tanah seluas 1,320 hektar milik Lembaga Getah Malaysia (LGM) di Sungai Buloh bernilai RM10 bilion akan diberikan kerajaan kepada kontraktor yang layak untuk dilaksanakan mulai separuh kedua tahun ini.\rTimbalan Pengarah Urusan WCT, Goh Chin Liong berkata, dokumen bidaan serta cadangan kertas kerja berkaitan sudah pun dihantar kepada pihak berkenaan dan kumpulan kini hanya menunggu makluman lanjut mengenainya.\r\n\n\n\n\r“Potensi meraih kontrak yang sedang dibida itu amat positif dan jika diterjemahkan ke dalam nilai, ia mampu meningkatkan tempahan kontrak WCT kepada lebih RM5 bilion tahun ini.\r“Kami yakin mampu meraih projek berkenaan bersandarkan pengalaman dan kepakaran dimiliki kumpulan yang sebelum ini banyak terbabit dalam projek pembinaan infrastruktur, bangunan dan kejuruteraan awam,” katanya kepada media selepas mesyuarat agung tahunan WCT di Klang, semalam.\rSementara itu, Pengerusi WCT, Datuk Ahmad Sufian Abdul Rashid berkata, berdasarkan jangkaan kontrak yang bakal diraih kumpulan berkenaan, bahagian pembinaan dan kejuruteraan sivil, dijangkakan kekal sebagai penyumbang terbesar kepada pendapatan kumpulan tahun ini.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|