Post Last Edit by amalina at 11-8-2011 17:01
Harian Metro 11 Ogos 2011
Berita Harian 10 Ogos 2011
Utusan Malaysia 06 August 2011
Rakaman Melodi Raya 2011
SIAPA PEDULI - ALBUM FOR GAZA
TAHNIAH HAFIZ, M.NASIR DAN BUDDHI HIKAYAT
Sengat Sifu M. Nasir masih berbisa apabila lagu ciptaannya, Awan Nano nyanyian Juara Akademi Fantasia 7, Hafiz dinobatkan sebagai Lagu Terbaik Malaysia dan Lagu Terbaik Keseluruhan dalan Anugerah Planet Muzik 2011 yang diadakan di Max Pavillion Singapore Expo, Singapura minggu lepas.
"Begitulah Awan Nano, setia melindungi diri, tika panas mencuba menggores pipi, dan bibirmu.." Begitulah antara baris lirik hasil nukilan Buddhi Hekayat yang telah disempurnakan oleh Hafiz dalam lagu Awan Nano sehingga mengangkat lagu ini sebagai Lagu Terbaik Malaysia dan Lagu Terbaik Keseluruhan dalam Anugerah Planet Muzik 2011 di Singapura.
Menurut Hafiz yang dipetik daripada Portal Murai, beliau tidak menyangka lagu ciptaan M. Nasir ini memenangi bukan satu tetapi 2 anugerah pada malam itu. Menurut beliau lagi saingan pada malam itu sangat sengit lebih-lebih lagi oleh penyanyi terkenal Faizal Tahir.
"Saya rasa sangat bertuah dengan rezeki yang diberikan pada malam APM ini. Bagi saya penggubah lagunya iaitu sifu M.Nasir memang amat istimewa. Terus-terang saya sendiri memang tidak sangka dengan kemenangan ini apatah lagi saya bukan hanya menang satu anugerah tetapi dua anugerah sekaligus. Yelah, kalau nak ikutkan calon lain hebat-hebat juga kerana saya bersaing bersama Faizal Tahir. Tapi mungkin tuah APM kali ini pada saya."
Antara artis Malaysia yang berjaya memenangi anugerah di APM 2011 ialah Faizal Tahir, Ana Raffali dan Dato' Siti Nurhaliza. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Anugerah Planet Muzik 2011 telah disiarkan secara langsung di Astro Ria (104).
Sumber : AF Talent Media Hiburan
APM2011 : APA KATA SEBAHAGIAN PEMENANG
Pada malam APM 2011 itu telah menyaksikan penyanyi nombor 1 negara, Dato Siti Nurhaliza terus diiktiraf popularitinya apabila merangkul anugerah Artis Serantau Paling Popular (selama lebih sedekad) manakala malam APM 2011 akan terus dikenang Hafiz AF7 apabila dia merangkul dua anugerah iaitu Lagu Terbaik dan Lagu Terbaik Malaysia menerusi Awan Nano.
Hafiz -Lagu Terbaik (Awan Nano)/ Lagu Terbaik Malaysia (Awan Nano)
Saya rasa sangat bertuah dengan rezeki yang diberikan pada malam APM ini. Bagi saya pengubah lagunya iaitu sifu M.Nasir memang amat istimewa. Terus-terang saya sendiri memang tidak sangka dengan kemenangan ini apatah lagi saya bukan hanya menang satu anugerah tetapi dua anugerah sekaligus. Yelah, kalau nak ikutkan calon lain hebat-hebat juga kerana saya bersaing bersama Faizal Tahir. Tapi mungkin tuah APM kali ini pada saya.
Sumber : www.murai.com.my MYMETRO, 18th July 2011 Sejarah kemenangan artis Malaysia di APM kali ini dilihat lebih menarik berbanding tahun-tahun sebelumnya di mana penggiat seni tempatan mula diiktiraf dalam kategori terbaik, tidak hanya kategori popular semata-mata. Juara Akademi Fantasia 7 (AF7), Hafiz dan Datuk M Nasir contohnya berjaya merangkul dua anugerah iaitu Lagu Terbaik dan Lagu Terbaik Malaysia menerusi Awan Nano.
“Terima kasih kepada semua yang terbabit menghasilkan lagu Awan Nano ini terutamanya Datuk M Nasir yang memberi kepercayaan kepada saya menyanyikan lagu hasil ciptaan beliau.
“Dapat menyanyikan lagu beliau sudah dianggap sebagai pencapaian terbesar saya sebenarnya dan apabila ia menang saya merasakan ia satu usaha yang berbaloi untuk semua yang terbabit. Apapun, terima kasih juga kepada peminat yang memilih lagu ini,” katanya.
Sumber : www.hmetro.com.my |