CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1732|Reply: 1

MO

[Copy link]
Post time 10-8-2011 10:24 PM | Show all posts |Read mode
Apakah kelebihan dan keistimewaan nyanyian Misha Omar ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2011 05:32 PM | Show all posts
Jenis Vokal
Misha Omar mempunyai vokal bersifat Lyrical Contralto High Soprano yang berada dalam julat C#2 (untuk lagu Pulangkan) hingga E#1 (Cinta Adam dan Hawa) dengan purata 3.2 oktaf. Vokal Misha disifatkan agak sukar untuk diklon oleh penyanyi-penyanyi amatur mahupun profesional. Biarpun begitu untuk nada rendah, vokalnya sering disamakan dengan penyanyi dan komposer Indonesia Melly Goeslaw. Misha adalah salah seorang penyanyi yang begitu hebat dengan teknik melembutkan lagu tonasi nyanyian dengan penggunaan teknik 'crescendo' dan 'decrescendo' terutamanya pada rangkap awalan lagu, supaya lebih 'sampai' emosinya. Beberapa artis yang muncul pasca Misha pula dikaitkan cuba mengklon gaya dan suara Misha contohnya Dayang Erema & Sheila Abdul namun mereka tidak mampu bertahan hingga kini.

Genre Muzik
Jenama Misha Omar amat sinonim dengan genre muzik pop hingga digelar sebagai "Diva Pop Alaf Baru" oleh media dan peminat. Keampuhan vokalnya menyerlah menerusi lagu-lagu berentak balada bermula daripada lagu Bunga-bunga Cinta yang lebih moden susunan muziknya berbanding balad era 90an yang merupakan antara lagu terbaik oleh Adnan Abu Hassan. Album debut beliau dipenuhi dengan lagu-lagu balada yang pelbagai dengan didikan Adnan termasuk lagu Semoga Abadi pula menyaksikan Misha membawakan pop dengan sentuhan R&B. Ketika muncul dengan album kedua, Misha bereksperimen dengan susunan muzik untuk memastikan baladnya lebih segar. Pulangkan ciptaan Ajai menyaksikan sentuhan tradisional menerusi penggunaan alat muzik gamelan menjadi fenomena pada tahun 2004. Gaya sama diperindah lagu menerusi sekuel berjudul Ku Seru yang disusun oleh maestro muzik Roslan Aziz.

Ramli MS & komposer M. Nasir bertanggungjawab meneruskan eksperimentasi terhadap muzik Misha menerusi Nafas Cahaya yang berkonsep etnik fusion dengan iringan orkestra yang mewah. Lagu ini menggunakan full string set olehh KL Symphony Orchestra. Lagu Sembunyi menjadi sinambungan dengan elemen tribe dan mistikal yang kemudian diperpanjangkan lagi menerusi lagu Cinta Adam dan Hawa yang mewah dengan susunan muzik yang lebih agresif biarpun mempunyai elemen etnik. Terbaru Misha bereksperimentasi menerusi muzik pop progresif menerusi lagu Berlalu yang disusun oleh Mac Chew. Berkonsepkan balada, namun cukup menarik apabila adunan muzik elektronik serta riff gitar yang berat digabungkan pada rangkap kedua lagu ini menjadikan mood nyanyian Misha sedikit gothic sehingga ke penghujung lagu.

Jenama pop Misha Omar sepanjang sedekad pertama bergelar penyanyi papan atas Malaysia ternyata tidak klise sebaliknya sentiasa berani bereksperimen. Biarpun beliau tidak merakamkan album saban tahun, namun dalam jumlah lagu yang sedikit aura dan keunggulan Misha bertapak kukuh di hati pendengar dan pengkritik seni menjadikan beliau sebagai salah seorang penyanyi yang paling selektif dan merakamkan hanya lagu-lagu terbaik.

ni i quote dari wiki...dan memang ada kebenarannya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.046051 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list