Salam sejahtera kepada semua yang mengenali diri ini di forum mahupun didunia realiti. sepanjang berforum saya ingin mengucapkan terima kasih diatas bantuan dan tunjuk ajar setiap seorang daripada anda...
di sini ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin sekiranya jika terkasar bahasa, tersilap kata atau terguris perasaan sesiapa sepanjang saya berforum. saya hanya manusia biasa yang terkadang alpa dengan keadaan.. terima kasih salam lebaran
erk, sy recycle jer la dgn kad ucapan yg telah dibuat sendiri ucapan & pantun2 nyer yg pernah dikongsi di Bod2 lain. tapi ni kad ucapan utk tahun ni...
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIFILFITRI kepada semua warga CT CARI yang beragama Islam... Semoga Aidilfitri ini lebih diberkati oleh-Nya... Semoga semua selamat pergi dan kembali ke rumah selepas puas mengunjungi sanak-saudara & rakan taulan...
*nota kaki:
1. pantun 2 kerat tu hasil ciptaan sendiri!!!
2. x pasti sama ada sy ni boleh dimasukkan ke dlm forumer CT CARI atau tidak,
tapi nama sy kat IC mmg ada SITI!!
wa nak ucapkan selamat hari raya, mintak maaf utk semua yang dah terlepas cakap, terumpat ke apa ke, terngata kat belakang ke, tertak suka ke. terpikir negatif ke. wa nak mintak maaf zahir batin. selamat hari raya okeh. terutama sekali untuk, siti nurhaliza, nubhan, zulhuzaimi, shiela rusly(ni byk skit terkutuk) sori sesangat, saripah aini. dan jugak utk semua yang ada kat sini. terutama cinta_ungu, keri, farah,nab, mel, ashburn,sixret,harisbe,eddy,dila,lees,sapa lagik eh. lupa sudahh. mintak maaf ok.
kalau takdapat kredit sbb salah format pun takper la keri, janji kak sri dah mintak maaf kat korang semer. byk dosa ni weh.
selamat bersukaria okehh, nanti selamat bermuram durja plak bila dah abis cuti. ingatku dalam doamu, ecehhhhh. jemput la kerumah siti, jgn kerumah saya. kwang kwang.
saya RUFFLEEN ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin kpd semua rakan2 porem yg baik dgn saya, sama ada yg pernah bersua muka mahupun sebaliknya, harap diampunkan sekiranya pernah bertelagah pendapat, sesungguhnya yg baik itu hanya datang dari ALLAH SWT, manakala yg sebaliknya dari saya sendiri.
Kepada yang pernah bergathering bersama saya - I'd love to meet all of you again.
Buat porumer yg pernah membeli produk yg saya jual, terima kasih bnyk2. Semoga ALLAH SWT murahkan rezeki anda. Sebab saya pun ada jugak membeli barang daripada sesama porumer
Buat porumer tertentu yg tak suka dgn saya (ada dlm 5-6 orang kot) dan suka mengata saya belakang2 (kau perli2 aku...kau ingat aku tak tahu? ), saya maafkan kesalahan anda sbb lagi ramai yg sayangkan saya instead of yg tak suka saya walhal saya tak kenal pun anda
p/s: sapa2 yg beraya di daerah Perak Tengah (Parit, Manong, Bruas, Kuale Kangso dan lain2 kawasan yg sewaktu dgnnya) jemputlah ke rumah ye. Calling2 jer saya
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DITUJUKAN KEPADA SEMUA PEMBACA EFORUM CARI DAN TERISTIMEWA KEPADA CT CARI.
TIDAK KETINGGALAN JUGA KEPADA KELUARGA DI KAMPUNG DAN KELUARGA MERTUA DI SINI.
MOHON KEMAAFAN JIKA HARI RAYA PADA KALI INI TIDAK DAPAT BERAYA BERSAMA, AL MAKLUM SUAMI PATAH KAKI DAN ANAK YANG SULUNG AKAN MASUK U LEPAS RAYA NI, BANYAK PERBELANJAAN DIPERLUKAN.
KEPADA YANG SUDI BERAYA, JEMPUTLAH DATANG KERUMAH.
KEPADA SEMUA PEMBACA FORUM CARI JEMPUT KERUMAH YE!!!!!
Dengan ini, saye nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga CT CARI dan juga CT Nurhaliza yang malas jenguk sini.
Sebelum kita semua enjoy beraya sakan, saye dengan rendah dirinya nak mohon ampun atas kekhilafan saye semenjak saye bergelumang di dalam bod nie. Banyak dosa saye kat orang-orang di bod nie esp dari tahun lepas. So, saye kira-kira dah nak cukup setahun ni - saye tak nak la tanggung dosa banyak-banyak kan sebab beban dosa yang dah sedia ada ni pun tak termampu nak pikul. Saye pun dah sangat tenang sekarang nie.
Makanya, saye cinta ungu ingin sangat memohon maaf diatas segala keterlanjuran kata, lintasan pemikiran negatif, umpatan, kritikan, kutukan, bebelan, kekerekkan, kepoyoan, kesengetan dan segala perilaku saye yang telah mengundang perasaan tidak puas hati di hati anda semua. Saye juga nak mintak maaf awal-awal untuk dosa yang saye bakal buat terhadap korang semua di masa akan datang. Yelah, skang ni saye mintak maaf..kot2 lepas nie ada terbuat salah lagi..saye mintak maaf jugak lah yek..
Adapun, saye nak mintak ampun sangat-sangat dekat farah, nabs, ashburn, adila dan rose. Banyak dosa saye pada anda semua. Semoga anda maafkan segala kesalahan saye.
Kak sri - wa berusaha utk tak buat salah kat kak sri, tapi wa pun manusia biasa kan. tak lepas daripada ade darkside neh. mintak maaf wa ade ter pressure kak sri, bagi bebelan yang tak dipinta, suka bertanya bukan-bukan & segala pangai2 wa yang tak munasabah mahupun munasarawak. wa mintak maaf sangat-sangat. raya nanti jangan lupa singgah umah nubhan.
Lees - wa mintak maaf pangai wa kadang2 macam budak-budak. Mintak maaf yek segala salah silap yg wa pernah buat kat lu. erkk..tu je kot. yang len sume macam sepesen je ngan lu.
Khyree - maaf kalo selalu je merepek time menyembang.
Kak six - Mintak maaf kadang tergurau kasar. Mintak maaf kadang mencuri masa kak six. Terima kasih atas segala nasihat, panduan & tunjuk ajar.
Untuk yang lain2, daus, apang, ina, syfuel, adie, nadia, ruff, eddy, kak ruff, oobi, colby, uwekk, abg bee dan lain-lain. Mintak maaf jugak kalau ada pendapat yang tak puas hati ke ape.
Untuk gnola, cloud, EH - selamat datang ke bod CT.
Sorry jarang dapat beramah mesra sama. Enjoy kat sini ok!
-------------------------------------
Okeh. habis sudahh. Bagus bagi ucapan malam-malam nie. Lebih telus plak rasanya. haha..
Selamat hari rayalah ekk. Sama-samalah kita doa agar syawal yang kita sambut pada tahun ini lebih bererti pengisiannya dan mendapat rahmat daripada Allah swt. InsyaAllah.