CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

Ulasan Pasaran: Faktor domestik dorong pasaran

[Copy link]
Post time 9-1-2012 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Prestasi kukuh sektor teknologi, perladangan lonjak momentum belian\rFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkemungkinan mengatasi kebimbangan dan bergerak dalam aliran yang lebih baik minggu ini berikutan peningkatan mudah tunai dan pengaliran masuk portfolio, serta kegiatan spekulasi Tahun Baru Cina, di samping data ekonomi Amerika Syarikat yang semakin baik, kata peniaga.\r\n\n\n\n\r  Bagaimanapun, pasaran tempatan dijangka berada dalam keadaan \'sorong papan tarik papan\' antara asas negatif luar negara dengan teknikal tempatan yang positif.\r\r\n\n\n\n\n  “Pasaran ekuiti akan menghadapi kegawatan Eropah dan kesannya ke atas ekonomi global di sebalik sentimen santai Tahun Baru Cina dan kegiatan spekulasi modal kecil minggu ini,” kata Ketua Penyelidikan Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan.\rBeliau percaya hala tuju pasaran bon Itali, iaitu isu penting buat masa ini dan penurunan gred penarafan kredit yang mungkin berlaku pada bila-bila masa saja berikutan amaran yang dikeluarkan pada Disember, akan menjadi kebimbangan utama yang boleh mengehadkan sebarang peningkatan dalam jangka terdekat ini.\r“Bagaimanapun, kami percaya data ekonomi AS yang lebih kukuh berkemungkinan dapat mengurangkan kebimbangan tentang kejatuhan di Eropah,” kata Nazri.\rDi peringkat domestik, beliau menjangkakan aliran berita positif dan prestasi kukuh sektor teknologi dan perladangan serta desas-desus tentang pembelian penguasaan pengurusan PROTON serta bidaan Tabung Haji bagi QSR yang berpotensi akan mengekalkan momentum ekuiti tempatan.\r\n\n\n\r“Sejajar dengan kedudukannya pada tahun baru, pasaran tempatan seharusnya beroleh kerancakan daripada waran yang baru disenaraikan seperti Malaysia Building Society, IGB Corporation Bhd, OSK, Proton Holdings, Genting & Genting Malaysia,” katanya.\rBursa ditutup Isnin minggu lalu kerana cuti umum sempena Tahun Baru.\rMeskipun minggu pertama 2012 menyaksikan dagangan tidak menentu dan menguji keyakinan pelabur yang rapuh berikutan krisis hutang zon euro, namun Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berjaya mengakhiri dagangan minggu lalu pada paras melebihi 1,500 mata.\rPengukur pasaran itu turun 16.6 mata kepada 1,514.13 daripada 1,530.73 Jumaat lalu.\rBerdasarkan mingguan, Indeks Kewangan jatuh 315.04 mata kepada 13,387.71, Indeks Perladangan naik 274.23 mata kepada 8,436.93 dan Indeks Perusahaan menokok 13.8 mata kepada 2,756.85.\rIndeks FBM Emas susut 72.26 mata kepada 10,416.81, FBM TOP100 turun 87.9 mata kepada 10,224.84, Indeks FBM ACE menambah 61.34 mata kepada 4,129.92 dan Indeks FBM70 mengukuh 7.12 mata kepada 11,583.03.\rJumlah dagangan minggu lalu bertambah kepada 6.399 bilion saham bernilai RM5.785 bilion daripada 6.21 bilion saham bernilai RM6.74 bilion minggu sebelumnya.\rPasaran Utama mencatatkan penurunan jumlah dagangan kepada 4.162 bilion saham, bernilai RM5.363 bilion daripada 4.85 bilion saham bernilai RM6.55 bilion sebelumnya.\rWaran meningkat jumlahnya kepada 1.418 bilion unit bernilai RM298.669 juta daripada 471.09 juta unit bernilai RM51.44 juta Jumaat sebelumnya.\rPasaran ACE menyaksikan jumlah dagangannya susut kepada 799.692 juta saham bernilai RM109.488 juta daripada 855.73 juta saham bernilai RM124.33 juta minggu sebelumnya. - BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.040975 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list