|
Harga tinggi rancakkan dagangan gas asli cecair, petroleum mentah, minyak sawitJUMLAH nilai perdagangan Malaysia berkembang 8.7 peratus kepada RM1.16 trilion dalam tempoh Januari dan November 2011, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.\n\n\n\n Mengumumkan perangkaan itu semalam, beliau berkata, eksport negara meningkat sembilan peratus kepada RM633.81 bilion sementara import mengukuh 8.4 peratus kepada RM521.81 bilion.\n\n\n\n\n\n Ini, katanya menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM112 bilion dalam tempoh itu.Mustapa berkata, China yang mengekalkan kepentingannya sebagai rakan perdagangan terbesar Malaysia dalam tempoh berkenaan, menguasai RM151.34 bilion, atau 13.1 peratus daripada jumlah perdagangan negara.“Ia juga adalah destinasi eksport dan sumber import terbesar Malaysia,” katanya.Beliau berkata, barangan pembuatan menguasai 80.2 peratus daripada produk yang didagangkan antara kedua-dua negara berlandaskan rantaian industri yang pesat berkembang yang dimajukan sejak beberapa tahun lalu.“Penguasaan Asean daripada jumlah perdagangan Malaysia untuk tempoh dikaji kekal dalam lingkungan 26 peratus, dengan Singapura 48.8 peratus, Thailand (24.5 peratus) dan Indonesia (16.8 peratus),” katanya.Untuk November 2011, Mustapa berkata, eksport Malaysia adalah bernilai RM56.86 bilion, meningkat lapan peratus berbanding bulan yang sama 2010.“Import pula 8.4 peratus lebih tinggi kepada RM47.38 bilion sementara jumlah perdagangan mengembang 8.2 peratus daripada November 2010 kepada RM104.24 bilion,” katanya.Mustapa berkata, harga tinggi dan meningkatnya permintaan merancakkan eksport November 2011, terutama untuk gas asli cecair, petroleum mentah dan minyak sawit.“Eksport pembuatan seperti mesin, kelengkapan dan bahagian, kimia, pengeluaran logam serta produk getah turut meningkat,” katanya.Bagaimanapun, beliau berkata, pada asas bulanan, eksport, import dan jumlah perdagangan negara pada November 2011, turun masing-masing sebanyak 10.2, 5.2 dan 8.1 peratus.Ahli ekonomi tempatan menjangkakan aliran penurunan itu akan berterusan pada suku pertama tahun ini ekoran pertumbuhan lebih perlahan ekonomi global berikutan krisis hutang Eropah dan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat.Mereka berkata, walaupun data terbaru menunjukkan kelemahan permintaan luaran, namun eksport komoditi kekal mantap khususnya ke negara Asia.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|